Skip to main content

Singapura

SPF tubuh makmal baru tangani kes penderaan seksual kanak-kanak

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Jun 2023 06:20PM Dikemas Kini : 24 Jun 2023 08:55PM
SINGAPURA: Sebuah makmal baru bagi memeriksa bahan yang terkait dengan kes penderaan seksual melibatkan kanak-kanak telah ditubuhkan.

Ia bagi membantu Pasukan Polis Singapura (SPF) menyelesaikan kes-kes sedemikian dengan lebih pantas.

Makmal itu juga merupakan sumbangan negara kepada usaha di peringkat global bagi mencegah sindiket pornografi berkaitan kanak-kanak.

Selain itu, ruangan makmal turut direka dengan memberi tumpuan kepada kesihatan mental para pegawai yang terlibat.

Penyiasat kanan Jane Chen ialah salah seorang pegawai SPF yang ditugaskan di CSAM - cabang jenayah khas bagi menangani bahan-bahan penderaan seksual melibatkan kanak-kanak.

Pasukan itu kini mempunyai sebuah makmal khas tersendiri untuk menyemak bahan-bahan yang sensitif.

"Sebelum ini, kami menyemak bahan-bahan itu di dalam pejabat, di ruang kerja kami, dan ia adalah ruang yang sama di mana kami lakukan tugas siasatan yang lain juga," katanya.

Di sebuah ruang lain, program kecerdasan buatan (AI) mampu memadankan bahan penderaan seksual kanak-kanak dengan kes-kes sebelum ini.

Jadi para penyiasat hanya perlu beri perhatian kepada bahan-bahan baru, sekali gus menjimatkan masa mereka.

Mac lalu, 23 lelaki ditangkap kerana terlibat dalam kes penderaan seksual kanak-kanak secara online.

Dua tahun lalu, seorang lelaki didapati memiliki 47,000 video dan gambar lucah melibatkan kanak-kanak.

Terdapat juga kes yang merentas sempadan negara.

Maka itu, bahan yang diproses di makmal baru itu turut dimuat naik ke pangkalan data Interpol bagi membantu pasukan polis di luar negara mengenalpasti serta menyelamatkan para mangsa.

Di makmal baru itu, para pegawai juga disediakan sekitaran yang lebih santai, bagi mengurangkan tekanan mental serta kesan trauma.

"Apabila mereka memikirkan semula insiden sebegini, mereka mungkin akan mula merasa panik, dan mungkin merasakan degupan jantung mereka meningkat," kata seorang pakar psikologi.

Makmal tersebut turut dilengkapi alat deria yang menghadkan masa seseorang pegawai boleh bertugas di dalamnya.
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita