SPF siasat kes hambur kata kesat terhadap pegawai jarak selamat di Lau Pa Sat
Polis sedang menyiasat kes penderaan lisan terhadap seorang pegawai penguat kuasa jarak selamat di Lau Pa Sat.
Pelanggan bersemuka dengan pegawai penguat kuasa jarak selamat di Lau Pa Sat. (Petikan gambar: Facebook/Complaint Singapore/Max Mamba)
SINGAPURA: Polis sedang menyiasat kes penderaan lisan terhadap seorang pegawai penguat kuasa jarak selamat di Lau Pa Sat.
Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) hari ini (10 Mei).
Menurut SPF, ia menerima panggilan meminta bantuan bagi satu pertikaian yang berlaku di 18 Raffles Quay pada Sabtu (8 Mei) sekitar pukul 10.16 malam.
Sabtu itu adalah hari pertama Singapura kembali ke Fasa 2 bagi langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19, dengan perhimpunan sosial dihadkan kepada maksimum lima orang berbanding lapan dalam Fasa 3.
Pegawai berkenaan sedang menjelaskan peraturan baru itu kepada sekumpulan pelanggan di kedai makan berkenaan apabila pertikaian itu berlaku, seperti yang dilihat menerusi rakaman video insiden tersebut di laman Facebook Complaint Singapore.
"Peraturan hari ini adalah kita tidak boleh menerima lebih daripada lima orang," kata pegawai itu.
Pelanggan tersebut kemudian menjawab, dengan salah seorang daripada mereka berkata: "Mejanya dua".
"Dengar saya dahulu," kata pegawai itu lagi, menyebabkan salah seorang pelanggan daripada kumpulan itu meninggikan suara dan berkata: "Siapa awak untuk suruh saya dengar kata awak?"
Dalam video sepanjang tiga minit itu, beberapa kata-kata kesat turut kedengaran - sebahagiannya dihamburkan terhadap pegawai berkenaan.
Menurut SPF, tiada orang cedera dalam insiden itu.
"Siasatan polis ke atas kesalahan menghamburkan kata-kata kesat terhadap pegawai perkhidmatan awam yang sedang menjalankan tugas sebagai pegawai penguat kuasa jarak selamat," tambah SPF.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.