Skip to main content

Singapura

SPF rintis kenderaan Mini-X; cekap laksana operasi kesan bom

Pasukan Polis Singapura (SPF) sedang merintis penggunaan kenderaan-kenderaan kawalan jauh bagi mengesan bom.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Jul 2022 08:54PM Dikemas Kini : 24 Jul 2022 08:56PM
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) sedang merintis penggunaan kenderaan-kenderaan kawalan jauh bagi mengesan bom.

Kenderaan Mini-X boleh melalui ruang-ruang kecil dan sempit untuk mencari bahan-bahan letupan atau barangan yang mencurigakan.

Menurut polis, huraian robotik sedemikian menjadikan operasi keselamatan lebih cekap dan selamat bagi kakitangannya.

"Operasi pencarian dan keselamatan acara besar-besaran boleh menimbulkan bahaya dan memerlukan kekuatan fizikal kerana kami menghadapi pelbagai cabaran semasa menjalankan pencarian di kawasan-kawasan berisiko tinggi, termasuk kemudahan di bawah tanah dan kawasan bumbung di bangunan-bangunan tinggi," kata Pegawai Pemerintah Unit Kader Pencarian Timbalan Superintenden Polis Winston Yim.

Kenderaan kawalan jauh itu dibangunkan bersama Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX).

Mini-X sudahpun diuji selama sekitar tiga tahun. Ia kini boleh dihubungi dari jarak lebih jauh, bergerak di pelbagai permukaan dan dilengkapi dengan kamera lebih jelas.

Mini-X pernah digunakan semasa beberapa acara penting seperti Rapat Hari Buruh dan Perbarisan Hari Kebangsaan.
Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita