Skip to main content

Singapura

SPF rintis kamera dipasang pada anjing unit K-9

Unit K-9 Pasukan Polis Singapura (SPF) tidak lama lagi mungkin menjadi kamera rondaan pertama di lapangan ketika berlaku kecemasan.

Anggaran Waktu Membaca:
SPF rintis kamera dipasang pada anjing unit K-9

Seorang pegawai polis dan Nero, seekor anjing dari unit K-9 setelah selesai menjalani operasi latihan pada 24 Jun 2026. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)

Diterbitkan : 28 Jun 2026 01:29PM
  • Unit K-9 Pasukan Polis Singapura sedang menjalankan ujian perintis dengan memasang kamera pada anjing mereka untuk meningkatkan pemantauan semasa kecemasan.
  • Latihan melibatkan anjing seperti Nero, yang membantu mencari individu tersembunyi dan menyalurkan video serta audio secara langsung kepada pegawai.
  • Rakaman dari kamera membolehkan pegawai menilai susun atur bilik, mengesan ancaman, dan memberi arahan kepada mangsa di lokasi.
  • Superintenden Jerlyn Tan menyatakan langkah ini bertujuan mempertingkatkan kecekapan operasi dan keselamatan awam di Singapura.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Unit K-9 Pasukan Polis Singapura (SPF) tidak lama lagi mungkin menjadi kamera rondaan pertama di lapangan ketika berlaku kecemasan.

Sebagai sebahagian daripada ujian perintis yang sedang dijalankan, anjing-anjing daripada unit K-9 SPF mula melatih dengan sistem kamera dipasang pada bahagian belakang badan untuk memberikan para pegawai lebih banyak kesedaran situasi apabila berlaku insiden keselamatan awam.

Pada Rabu (24 Jun), para wartawan berpeluang menyaksikan Nero, seekor anjing Belgian Malinois berusia tiga tahun, mencari individu yang bersembunyi di dalam sebuah bilik.

Kejadian itu ditayangkan dalam masa nyata pada sebuah monitor di luar bilik tersebut dan para pegawai dari Markas Operasi Khas menggunakan video langsung dan rakaman audio untuk menilai susun atur bilik tersebut, mengesan sebarang potensi ancaman dan melihat siapakah yang menyebabkan Nero menyalak.

Melalui sistem itu, yang dipasang pada bahagian belakang Nero, mereka dapat memberitahu individu yang menjadi tebusan itu supaya tidak bergerak dan tunggu sehingga polis tiba.

"Anjing daripada unit K-9 polis dikerahkan untuk mencari subjek yang bersembunyi dalam bangunan dan kawasan terbuka," kata Superintenden Jerlyn Tan, Timbalan Pegawai Komander unit K-9.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita