Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SPF pertingkat penggunaan dron bagi bantu operasi

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) akan menambah penggunaan dron untuk membantu operasinya.

Satu Pasukan Respons Udara dibentuk Januari tahun lalu terdiri daripada para pengendali dron. Mereka menjalani latihan yang diiktiraf Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).

Dron terbaru itu adalah sebahagian daripada pasukan yang boleh dikerahkan semasa acara besar-besaran seperti sambutan Malam Tahun Baru dan Hari Kebangsaan.

Dilengkapi dengan sensor imej udara panas, ia boleh "melihat" pada waktu malam dan memberikan lebih maklumat tentang situasi seperti kesesakan.

Ia juga pernah digunakan bagi operasi-operasi mencari seperti membimbing pengembara yang sesat keluar daripada hutan ataupun memberkas suspek jenayah.

Pada Mac tahun lalu, polis menjejaki suspek yang melarikan diri daripada pemeriksaan polis di sepanjang Jalan Bahar.

Di samping itu, dron juga digunakan untuk mencegah jenayah.

Menurut SPF, dron-dron hanya dikerahkan jika ada keperluan operasi seperti keselamatan orang awam dan tiada rancangan untuk mengerahkannya di kawasan-kawasan perumahan.

Setakat ini, terdapat lebih 70 pegawai polis yang berlesen untuk mengendalikan dron.

Pihak polis akan terus meneroka cara-cara baru untuk menggunakan dron dan akan melatih lebih ramai pengendali dron bergantung kepada permintaan masa depan.

Sumber : CNA/SY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan