Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SPF perketat langkah keselamatan, urus kesesakan Orchard Road semasa musim perayaan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Dec 2022 05:36PM Dikemas Kini : 22 Dec 2022 07:46AM
SINGAPURA: Pada malam Krismas (24 Dis), usaha pemantauan di sebahagian Orchard Road, dari pusat beli-belah Ion Orchard ke Orchard Central, akan dipertingkatkan bagi mengesan risiko berlakunya kesesakan.

Selain mengerahkan lebih ramai pegawai ke lokasi, polis juga akan memanfaatkan pelbagai teknologi bagi memastikan agar orang awam selamat.

Langkah-langkah itu diambil di tengah-tengah keprihatinan tentang keselamatan orang awam berikutan kejadian rempuhan maut di Itaewon, Korea Selatan sekitar dua bulan lalu.
Mobicam dapat mengesan sebarang insiden kesesakan. Ini merupakan kali pertama Mobicam dikerahkan ke kawasan Orchard Road. Tujuannya untuk membantu para pegawai polis memantau kesesakan.

"Polis akan terus bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan untuk mengurangkan risiko berkaitan kesesakan," kata Timbalan Komander, Divisyen Polis Tanglin, Teo Yee Lay.

"Kehadiran polis yang bertambah dan teknologi yang digunakan akan meningkatkan keberkesanan operasi pada Malam Hari Krismas 2022," tambah beliau.

Sebuah Kod QR akan memberi para pengunjung maklumat pada masa nyata mengenai keadaan kesesakan di tempat-tempat popular.

Menara pengawal juga akan ditubuhkan di dua lokasi dalam usaha memantau kesesakan.

Lebih ramai pegawai polis juga akan dikerahkan, seperti mereka dari Pasukan Tindakan Kecemasan.

Langkah-langkah lain termasuk menutup jalan raya dan menyediakan laluan kecemasan.

Namun usaha menjaga keselamatan orang awam bukan sahaja tanggungjawab polis.

Malah pusat-pusat beli-belah juga bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengurangkan kesesakan di lokasi-lokasi popular.

Polis juga menggesa orang ramai supaya mengelakkan tempat-tempat yang terlalu sesak.

Setiap orang, tambahnya, boleh memainkan peranan untuk memastikan keselamatan awam sepanjang musim perayaan sekarang.
Sumber : CNA/AI/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan