Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SPF perketat langkah keselamatan di Marina Bay jelang sambutan Tahun Baru; manfaatkan teknologi untuk pantau kesesakan

Pasukan Polis Singapura (SPF) akan memanfaatkan pelbagai teknologi bagi memastikan keselamatan orang ramai pada malam Tahun Baru (31 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) akan memanfaatkan pelbagai teknologi bagi memastikan keselamatan orang ramai pada malam Tahun Baru (31 Dis).

Ribuan orang dijangka membanjiri kawasan Marina Bay sempena acara kiraan detik tahun baru 'Marina Bay Singapore Countdown (MBSC) to 2023'.

Ini menurut SPF menjadikan langkah-langkah menguruskan kesesakan menjadi bertambah kritikal.

TIGA JENIS DRON DIKERAHKAN, MOBICAM DIPASANG; PANTAU PERGERAKAN ORANG RAMAI

Pihak SPF akan mengerahkan tiga Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) untuk memantau keadaan dari udara, sebagai sebahagian daripada usaha memanfaatkan teknologi untuk menyokong para pegawai semasa operasi-operasi berskala besar.

''

Dron-dron tersebut dilengkapi dengan sensor-sensor terma dan visual yang membolehkan para pegawai memantau keadaan seperti saiz kumpulan, aliran pengunjung dan kadar kesesakan sesebuah kawasan. 

Superintendan (SUPT) Sum Teck Meng yang juga Ketua Pegawai UAV, Jabatan Operasi berkata: "Dron yang digunakan juga dilengkapi dengan alat pembesar suara untuk menyiarkan mesej keselamatan awam termasuk arahan yang harus dipatuhi semasa pelan kecemasan." 

Menurut SUPT Sum, dron-dron tersebut akan dikawal oleh para pegawai polis yang terlatih dan akan meronda  kawasan perairan Marina Bay pada ketinggian 60 meter.

'

Selain itu, Mobicam yang Dipertingkatkan akan juga dikerahkan di merata kawasan Marina Bay. 

Mobicam dapat mengesan sebarang insiden kesesakan. dan akan digunakan di kawasan-kawasan yang popular yang dibanjiri orang ramai.

''

Ia dilengkapi dengan pembesar suara dan papan tanda elektronik yang membolehkan para pegawai di Pusat Kawalan menyiarkan mesej audio dan visual kepada orang ramai.


PARA PENGUNJUNG DI MARINA BAY BOLEH MANFAATKAN APLIKASI PANTAU KESESAKAN KAWASAN

Selain itu, para pengunjung boleh menggunakan aplikasi Crowd@Marina Bay untuk memeriksa keadaan sesak di sana dalam masa nyata.

Aplikasi yang pertama kali digunakan sewaktu Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini telah dikemas kini dengan beberapa ciri-ciri tambahan.

''

Pengguna boleh mengenal pasti kedudukan mereka dengan ikon lokasi semasa.

Selain itu, ia juga akan memaparkan laluan-laluan pejalan kaki yang boleh diambil untuk mengelakkan kawasan-kawasan sesak, kawasan-kawasan yang ditutup kepada awam dan juga mesej-mesej pencegahan jenayah. 

Aplikasi tersebut boleh diakses pada  Sabtu (31 Dis) pada jam 6.00 petang menerusi pautan berikut https://go.gov.sg/crowd-at-marina-bay

KAWASAN-KAWASAN POPULAR AKAN DIKAWAL PEGAWAI POLIS, JALAN RAYA JUGA DITUTUP

Bagi mengelakkan kesesakan, pegawai polis dan pegawai polis tambahan akan mengawal jumlah orang yang memasuki The Promontory, One Fullerton / Merlion Park, Esplanade Park, Esplanade Waterfront Promenade, Marina Bay Sands Waterfront Promenade dan kawasan lain sekitar Marina Bay.

Ketua Operasi Divisyen Polis Central, SUPT Ho Li Fang berkata: "Jumlah pengunjung yang banyak dijangka di kawasan Marina Bay dan pihak polis telah menentu ukur dengan teliti rancangan pengurusan orang ramai untuk acara itu. Untuk mengelakkan kesesakan, Polis akan mengawal aliran orang ramai dan menutup kawasan tersebut apabila jumlah pengunjung melebihi kapasiti selamat."

'

"Kesesakan akan dijangka berlaku di laluan pejalan kaki dan kenderaan. Kami memohon pemahaman orang ramai untuk bersabar dan mematuhi arahan pegawai polis semasa acara itu," kata beliau 

Maklumat tentang jalan-jalan raya yang akan ditutup semasa sambutan tahun baru di kawasan Marina Bay boleh didapati di pautan berikut:  https://www.marinabaycountdown.sg/visitors-information/
 

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan