SPF mahu tingkatkan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang asing demi banteras penipuan
Pasukan Polis Singapura (SPF) berminat untuk meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang asing demi membanteras penipuan.
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) berminat untuk meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang asing demi membanteras penipuan.
Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Sun Xueling bagaimanapun berkata di Parlimen hari ini (22 Feb) bahawa ia bergantung kepada keupayaan dan keterbukaan agensi-agensi tersebut.
Menurut Cik Sun, 13 sindiket penipuan berjaya dipatahkan pada tahun lalu, hasil kerjasama antara pihak polis Singapura dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang asing.
Beliau turut menarik perhatian mengenai peri penting peranan Interpol dalam usaha memerangi penipuan, yang juga memudahkan kerjasama polis dan kawalan jenayah di peringkat global.
"Pada 2022, polis telah menyertai Operasi HAECHI III, sebuah operasi sejagat yang diselaraskan oleh Interpol sepanjang tempoh lima bulan bagi memerangi jenayah kewangan dalam alam siber.
"Sekitar 1,000 suspek ditangkap dan aset maya bernilai lebih AS$129 juta (S$172.8 juta) dirampas. Namun penguatkuasaan sahaja tidak mencukupi.
"Kami juga melaksanakan langkah-langkah demi cuba untuk mencegah para penipu daripada mendekati rakyat Singapura," kata Cik Sun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.