Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SPF jalankan Latihan Ferrovia, perkukuh tindakan sewaktu kecemasan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 May 2023 05:21PM Dikemas Kini : 25 May 2023 09:45PM
SINGAPURA: Lebih 250 pegawai polis dan kakitangan dari pelbagai agensi terlibat dalam satu latihan antipengganasan di Stesen MRT Raffles Place pada Rabu (24 Mei).

Senario Latihan Ferrovia itu adalah - tiga pengganas menyerang penumpang di stesen MRT itu.

Para pegawai polis berjaya menangani penyerang-penyerang tersebut dan menyelamatkan mangsa.

Syarikat SMRT juga menggunakan peralatan baru Kecerdasan Buatan (AI) untuk mengesan kejanggalan di kawasan stesen berkenaan.

Satu lagi senario melibatkan bagasi yang ditinggalkan dan pegawai polis berjaya memusnahkannya.

Timbalan Penolong Pesuruhjaya Polis, Masagoes Idris Hussain menjelaskan pentingnya diadakan latihan sedemikian.

"Latihan Ferrovia telah memberikan peluang kepada agensi-agensi Home Team untuk bekerjasama dengan LTA dan pengendali-pengendali pengangkutan awam untuk mengesahkan pelan kecemasan kami untuk memperkukuhkan penyelarasan dalam memberikan respons yang berkesan ketika kecemasan," kata Encik Masagoes.
Sumber : CNA/MU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan