Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SPF, CNB & CPIB terbit pelan dikemas kini bagi banteras antipengubahan wang haram

Tiga agensi penguatkuasaan undang-undang telah menerbitkan pelan yang dikemas kini bagi membanteras penggubahan wang haram di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tiga agensi penguatkuasaan undang-undang telah menerbitkan pelan yang dikemas kini bagi membanteras penggubahan wang haram di Singapura.

Dokumen yang diterbitkan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF), Biro Narkotik Pusat (CNB) dan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) memperincikan ancaman utama yang dikenal pasti dalam satu laporan yang diterbitkan pada awal tahun ini.

Strategi yang diperbaharui itu memberi tumpuan kepada empat bahagian.

Ini termasuk meningkatkan kesedaran mengenai kegiatan pengubahan wang haram dan risikonya dalam kalangan agensi-agensi awam dan orang awam.

Selain itu, ia juga ingin meningkatkan keupayaan penyiasatan dan mengukuhkan keupayaan dalam menjejaki dan mendapatkan semula aset.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan