Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SPF berjaya temui semula lebih $200 juta yang lesap dalam kes penipuan, bekukan 27,300 akaun bank

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Apr 2022 08:08PM Dikemas Kini : 26 Apr 2022 10:09PM

SINGAPURA: Sejak satu unit khas Pasukan Polis Singapura (SPF) dibentuk pada Jun 2019, polis berjaya menemui semula lebih $200 juta wang yang lesap dalam kes-kes penipuan dan membekukan sekitar 27,300 akaun bank.

Pasukan polis sedang meningkatkan keupayaannya dengan penubuhan Bahagian Khas Anti-Penipuan.

Ia akan memberi tumpuan kepada pencegahan awal untuk menggugat operasi penipuan.

Kaedah itu membolehkan polis mengesan dan memberi amaran lebih awal kepada bakal mangsa penipuan.

Polis juga bekerjasama dengan pasaran online untuk menurunkan iklan-iklan yang mencurigakan serta syarikat-syarikat telko agar memadamkan nombor-nombor telefon yang terkait dengan penipuan.

Unit-unit baru yang dikenali sebagai Pasukan Bertindak Penipuan turut dibentuk di divisyen polis darat.   

Sasaran mereka adalah sindiket-sindiket dan keldai wang yang membantu operasi penipuan di luar negara.

Sumber : CNA/IQ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan