Skip to main content

Singapura

SPF beri amaran trend baharu warga asing guna butiran kad kredit curi untuk beli barang

Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan terdapat trend baharu di mana warga asing melakukan penipuan kad kredit menyasarkan para penjual tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
SPF beri amaran trend baharu warga asing guna butiran kad kredit curi untuk beli barang

Gambar fail kad kredit. (Gambar: AFP/Damien Meyer)

Diterbitkan : 14 Nov 2024 06:34PM Dikemas Kini : 14 Nov 2024 09:40PM
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan terdapat trend baharu di mana warga asing melakukan penipuan kad kredit menyasarkan para penjual tempatan.

Sejak 4 November lalu, terdapat sekurang-kurangnya empat mangsa di mana butiran kad mereka dicuri oleh para penipu untuk membeli barang bernilai tinggi.

Secara keseluruhan, urus niaga tanpa kebenaran itu bernilai lebih S$100,000.

Salah satu kes tersebut berlaku di cawangan Best Denki di Parkway Parade.

Suspek warga Malaysia itu diberkas apabila dia cuba membeli empat telefon bimbit iPhone 16s menggunakan sebuah aplikasi e-dompet.

Aplikasinya itu penuh dengan butiran pemilik kad kredit yang telah dicuri.

Kakitangan Best Denki mula curiga selepas percubaannya untuk membuat bayaran gagal berkali-kali.

Suspek dan rakan subahatnya diupah oleh sebuah sindiket luar negara menerusi iklan media sosial yang menjanjikan bayaran segera.

Selain itu, tiga warga China dikaitkan dengan satu lagi kes di Bugis Junction.

Suspek keempat sedang disiasat berhubung pelibatannya di tempat yang sama.

Kesemua suspek dari kedua-dua kes berkenaan didakwa atas kesalahan menipu.

SPF memberi amaran kepara para penjual supaya berwaspada dan melaporkan sebarang tingkah laku mencurigakan.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita