Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SPF beri amaran tentang laman palsu polis yang 'kunci' skrin komputer pengguna

Pasukan Polis Singapura (SPF) memberi amaran pada Selasa (28 Jan) berhubung laman web polis palsu yang kelihatan mengunci skrin komputer pengguna untuk mendapatkan maklumat peribadi.

Anggaran Waktu Membaca:
SPF beri amaran tentang laman palsu polis yang 'kunci' skrin komputer pengguna

Petikan laman palsu SPF (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 28 Jan 2020 09:27PM Dikemas Kini : 28 Jan 2020 09:35PM

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) memberi amaran pada Selasa (28 Jan) berhubung laman web polis palsu yang kelihatan mengunci skrin komputer pengguna untuk mendapatkan maklumat peribadi.

"Penipu menggunakan mod skrin penuh pelayar web untuk memaparkan imej desktop Windows 10 (yang akan mengisi seluruh skrin) memaparkan laman web SPF palsu," menurut kenyataan media polis.

Mangsa tidak akan dapat klik pada butang "Start" mahupun menutup atau membuka aplikasi, membuat mereka menganggap desktop mereka terkunci.

Polis menyatakan laman web palsu itu kemudiannya akan menuduh mangsa "melihat dan menyebarkan bahan-bahan yang dilarang di bawah undang-undang Singapura" dan menghendaki mangsa memberikan butiran kad kredit mereka, termasuk nombor kad, tarikh luput dan nilai pengesahan kad (CVV) supaya mereka kononnya boleh membayar denda untuk membuka kunci pelayar web mereka.

Petikan skrin yang dikongsi pihak berkuasa menunjukkan sepanduk oren dengan kata-kata "Komputer anda telah disekat" dan "Anda mempunyai enam jam untuk membayar denda", serta ruang kosong yang perlu diisi maklumat kad kredit.

"Laman web sedemikian sebenarnya adalah laman memancing data (phishing) yang menyamar, direka untuk mencuri maklumat peribadi dan maklumat perbankan dari mangsa, yang boleh mengakibatkan kerugian kewangan apabila penipu menggunakan butiran tersebut untuk membuat pembelian dan urus niaga yang tidak dibenarkan," jelas SPF.

"Polis tidak mempunyai akses untuk mengunci desktop seseorang dan juga ingin menjelaskan bahawa laman web rasmi SPF adalah www.police.gov.sg," tambahnya.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah berikut jika mereka menghadapi laman web palsu:

  • tekan butang Alt+Tab cuba kembali ke desktop biasa
  • tekan Ctrl+Alt+Delete untuk buka 'Task Manager' dan hentikan sebarang proses layaran web
  • elakkan daripada memberi butiran peribadi dan perbankan seperti nama akaun bank internet dan kata laluan, serta kod OTP (Kata Laluan Sekali) dari token
Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan