SPF beri amaran penipuan khidmat pulihkan dana sasar mangsa Fun Coffee
Anggaran Waktu Membaca:
Sebuah kafe yang dikendalikan Fun Coffee di Jalan Besar. (Gambar: Laman web Fun Coffee)
- Pasukan Polis Singapura memberi amaran tentang penipuan khidmat pemulihan dana yang menyasarkan mangsa skim pelaburan Fun Coffee.
- Penipu menyamar sebagai wakil Fun Coffee atau pihak ketiga dan meminta bayaran kononnya untuk memulihkan wang mangsa.
- Mangsa hanya menyedari ditipu selepas gagal mendapatkan semula dana walaupun sudah membuat pembayaran.
- Polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati, menggunakan aplikasi ScamShield, dan segera membuat aduan jika terlibat atau mengesyaki penipuan.
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Khamis (27 Ogos) memberi amaran mengenai penipuan khidmat pemulihan dana yang menyasarkan mangsa skim pelaburan Fun Coffee.
Menurut polis dalam kenyataan medianya, penipu mendakwa mereka mewakili Fun Coffee atau penyedia khidmat pihak ketiga dan menawarkan bantuan kepada mangsa untuk memulihkan wang yang hilang menerusi platform tersebut.
Mangsa kemudian diarahkan menerusi kiriman mesej online supaya membuat bayaran melalui pindahan bank kononnya untuk membayar deposit, cukai atau yuran yang diperlukan untuk memulihkan dana mereka.
"Mangsa hanya menyedari bahawa mereka telah ditipu apabila gagal memulihkan dana seperti yang dijanjikan walaupun sudah membuat pembayaran," kata polis.
Amaran itu dikeluarkan selepas pihak berkuasa awal bulan ini berkata platform Fun Coffee menyerupai skim jualan piramid.
Pengguna dikehendaki memuat turun aplikasi tersebut dan memindahkan Tether (USDT), iaitu mata wang kripto yang nilainya dipautkan kepada dolar Amerika Syarikat, ke alamat dompet digital yang diberikan menerusi aplikasi itu.
Peserta skim pelaburan tersebut di Singapura kemudian tidak dapat mengeluarkan dana mereka menerusi aplikasi Fun Coffee, menurut polis.
South China Morning Post sebelum ini melaporkan bahawa mangsa dipercayai mengalami kerugian hampir HK$100 juta (S$16.2 juta) menerusi skim tersebut.
Polis mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila individu, khidmat online atau laman web menawarkan bantuan untuk memulihkan wang yang hilang akibat penipuan atau pelaburan.
Orang ramai turut dinasihatkan supaya memuat turun aplikasi ScamShield, mengaktifkan pengesahan dua faktor bagi Apple ID dan akaun mata wang kripto, serta menetapkan had transaksi jika kemudahan tersebut tersedia.
Sesiapa yang menemui khidmat pemulihan dana yang mencurigakan atau mengesyaki mereka sudah ditipu harus segera membuat aduan polis. Mereka juga perlu menghubungi bank sekiranya akaun bank atau maklumat pembayaran mereka terjejas.

Sumber : CNA/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.