SPF beri amaran penipuan emel menyamar jadi pesuruhjaya polis
Pasukan Polis Singapura (SPF) memberi amaran kepada orang ramai berhubung e-mel palsu yang kononnya dihantar oleh Pesuruhjaya Polis.
(Gambar: Facebook/SPF)
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) memberi amaran kepada orang ramai berhubung e-mel palsu yang kononnya dihantar oleh Pesuruhjaya Polis.
E-mel berkenaan memberi arahan kepada penerima untuk terus ke ibu pejabat polis berhubung siasatan yang sedang berjalan, kata polis dalam catatan Facebook pada Selasa (31 Mac).
"Jika anda menerima e-mel tersebut, jangan balas atau buka lampirannya," tambah SPF.
Pada Isnin, Perdana Menteri Lee Hsien Loong memberi amaran mengenai e-mel palsu COVID-19 yang kononnya dihantar oleh beliau meminta "sumbangan dan idea". Insiden tersebut sudah dilaporkan kepada polis.
Encik Lee menggesa orang ramai supaya jangan menjawab e-mel itu atau memberikan sebarang maklumat tambahan.
Polis sedang menyiasat perkara tersebut.
Sesiapa yang mempunyai maklumat tambahan mengenai e-mel berkenaan boleh menyerahkannya secara online di https://www.police.gov.sg/iwitness. Semua maklumat akan dirahsiakan, kata SPF.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.