Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SPF ambil langkah susulan siasat dakwaan Sylvia Lim; nasihatkannya buat aduan polis

Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam meminta pihak polis mengambil langkah susulan berhubung dakwaan Anggota Parlimen Sylvia Lim (WP-Aljunied) yang mengatakan beliau menerima amaran daripada Apple bahawa iPhonenya mungkin menjadi sasaran penggodaman oleh penyerang tajaan pemerintah.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam meminta pihak polis mengambil langkah susulan berhubung dakwaan Anggota Parlimen Sylvia Lim (WP-Aljunied) yang mengatakan beliau menerima amaran daripada Apple bahawa iPhonenya mungkin menjadi sasaran penggodaman oleh penyerang tajaan pemerintah.

Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Sabtu (19 Feb).

Ini kerana dakwaan itu "amat serius" dan implikasinya berpotensi menggugat keselamatan negara, menurut SPF dalam kenyataannya. Polis menarik perhatian ia sudahpun menulis surat kepada Cik Lim untuk menasihatinya agar memfailkan aduan polis.

"Selain itu, jika beliau tidak mahu memfailkan aduan, beliau boleh menyerahkan telefon bimbitnya kepada pihak polis agar satu pemeriksaan forensik boleh dijalankan," tambahnya,

Cik Lim berkata di Parlimen pada Jumaat bahawa beliau menerima amaran tentang ancaman itu daripada Apple dan meminta pengesahan telefonnya tidak digodam oleh agensi-agensi pemerintah Singapura.

Cik Lim menambah syarikat teknologi itu menyatakan ancaman tersebut "berkemungkinan berlaku disebabkan oleh statusnya atau tugasnya".

Encik Shanmugam kemudian memberi respons dengan mengatakan bahawa telefon Cik Lim tidak digodam oleh agensi-agensi pemerintah.

SPF menyatakan pada Sabtu, Encik Shanmugam juga sudah mengarahkan polis untuk mendapatkan sebuah pertubuhan komersil yang berkemahiran dalam bidang tersebut untuk menjalankan siasatan.

"Beliau turut mengarahkan polis agar melaksanakan satu proses yang selamat, boleh diaudit dan telus untuk menguruskan serta memeriksa telefon Cik Lim, dari waktu Cik Lim menyerahkan telefonnya sehinggalah ia dipulangkan semula kepadanya," tambah SPF.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan