Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Spesies baru liverwort & bunga Orkid yang disangka sudah pupus, ditemui pada 2021

Anggaran Waktu Membaca:
Spesies baru liverwort & bunga Orkid yang disangka sudah pupus, ditemui pada 2021

spesisGaolejeunea hoi. (Photo: Wei Yu-mei)

Diterbitkan : 10 Jan 2022 09:17PM Dikemas Kini : 19 Dec 2023 06:18PM

SINGAPURA: Sekumpulan kecil orkid, yang tumbuh dari tanah, yang disangka sudah pupus di Singapura dan satu spesies liverwort yang "baru dalam sains" adalah antara penemuan baru dicatatkan di negara ini pada tahun 2021.

Demikian menurut Lembaga Taman Negara (NParks) pada Isnin (10 Jan).

Sebanyak sembilan tumbuhan, fungus dan alga sedemikian ditemui tahun lalu: Satu spesies baru, lima penemuan spesies yang belum pernah dilihat di Singapura dan tiga penemuan semula spesies yang belum pernah dilihat atau dikumpulkan sekurang-kurangnya selama 30 tahun.

Lebih separuh daripada penemuan itu adalah di Hutan Simpanan Bukit Timah, menurut NParks.

Sebilangan kecil orkid yang tumbuh dari tanah yang dikenali dengan nama saintifik, Hetaeria oblongifolia adalah antara spesies baru yang ditemui.

Ia ditemui di Hutan Tengah lebih 120 tahun selepas penemuan spesimen terakhir yang dikumpulkan oleh Henry Nicholas Ridley, iaitu pengarah saintifik pertama Kebun Bunga Singapura menurut NParks.

Semasa pembelajaran garis dasar alam sekitar di Hutan Tengah pada tahun 2020, para saintis mengumpul "segenggam herba yang pada zahirnya serupa dengan spesies tumbuhan hiasan Dracaena".

"Selepas pemeriksaan lebih teliti, kami mendapati bahawa pokok itu tergolong dalam spesies tumbuhan orkid yang tumbuh dari tanah," menurut NParks.

Spesimen tersebut dihantarkan ke sebuah tempat mengawet dan menyimpan di Kebun Bunga Singapura, di mana pokok itu dikenali sebagai Hetaeria oblongifolia.

Dahulunya disangka pupus di Singapura, pokok orkid tersebut kini dinilai sebagai sangat terancam kerana hanya terdapat jumlah "yang sangat kecil", menurut NParks.

"Pelbagai usaha dilakukan untuk memelihara spesis ini, sebahagiannya sudah dikumpulkan dan ditanam di tapak semaian Kebun Bunga, di mana pembiakan menerusi pemotongan rhizome dilihat sebagai berkesan, tambah mereka.

Hutan Tengah dijangka akan dibangunkan semula di dalam pelan induk Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan dijangka akan menyediakan sekitar 42,000 rumah baru apabila siap.

Selain Hutan Tengah, dua lagi penemuan dicatatkan pada 2021, di kawasan ditebus guna Tuas dan di Hutan Simpanan Bukit Timah.

SPESIES LIVERWORT BARU

Spesies baru, Gaolejeunea hoi merupakan pokok kecik berukuran tidak lebih dari 1 sentimeter panjang dan 1 milimeter lebar. Spesies liverwort tumbuh di bahagian pangkal pokok dan akar-akar yang terdedah di hutan Bukit Timah dan Nee Soon.

Pokok itu pertama kali dikumpulkan di Hutan Simpanan Bukit Timah sewaktu tinjauan kawasan pada tahun 2015 hingga 2017.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan