Skip to main content

Singapura

Spesies baru orkid asal S'pura ditemui di Hutan Simpanan Bukit Timah

Spesies baru anggerik asli dan endemik di Singapura ditemui tahun lalu oleh para penyelidik dari Kebun Bunga Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Spesies baru orkid asal S'pura ditemui di Hutan Simpanan Bukit Timah

Spesies endemik orkid, Nervilia singaporensis, ditemui pada Julai 2019. (Gambar: Matti Niissalo/NParks)

Diterbitkan : 19 Jun 2020 09:23PM Dikemas Kini : 19 Jun 2020 09:24PM

SINGAPURA: Spesies baru anggerik asli dan endemik di Singapura ditemui tahun lalu oleh para penyelidik dari Kebun Bunga Singapura.

Spesies itu, Nervilia singaporensis, ditemui pada Julai 2019 di Hutan Simpanan Bukit Timah, menurut Lembaga Taman Negara (NParks) dalam satu kenyataan media pada Jumaat (19 Jun).

Genus Nervilia dianggap sudah pupus di Singapura dengan kali terakhir ia dilihat pada tahun 1889 sehinggalah ia ditemui baru-baru ini.

Dengan penemuan ini, Singapura kini mempunyai lima spesies tumbuh-tumbuhan endemik dengan empat hanya boleh dilihat di hutan-hutan simpanan.

Nervilia singaporensis, yang boleh tumbuh setinggi sehingga 9 sentimeter, "dianggap sangat terancam di peringkat nasional dan sejagat" kerana ia menghasilkan hanya sebilangan kecil biji lantas menyukarkannya untuk bertumbuh, jelas NParks.

Sebelum penemuan Nervilia singaporensis, Singapura mempunyai empat spesies tanaman endemik yang terdiri daripada Singapore Ginger (Zingiber singapurense), Hanguana rubinea, Hanguana triangulata dan Splachnobryum temasekensis. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita