Speaker Seah Kian Peng tolak aduan Leong Mun Wai terhadap Murali berhubung komen di Parlimen
Anggaran Waktu Membaca:

Leong Mun Wai (kiri) dan Murali Pillai di parlimen pada 3 Ogos 2023, semasa satu perbahasan, di mana Encik Murali menyatakan Encik Leong "menyokong satu bentuk kawalan sewa".
SINGAPURA: Speaker Parlimen Seah Kian Peng memutuskan pada Isnin (19 Sep) bahawa Anggota Parlimen (AP) Murali Pillai tidak "memberi bayangan sebarang motif yang tidak wajar" kepada Setiausaha Agung Parti Kemajuan Singapura (PSP) Leong Mun Wai.
Semasa perbahasan pada 3 Ogos untuk bacaan kedua Rang Undang-Undang Perjanjian Sewa bagi Premis Runcit, Encik Murali (PAP-Bukit Batok) berkata Encik Leong telah "menyokong satu bentuk kawalan sewa".
Ini menyebabkan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) itu memfailkan aduan terhadap Encik Murali, di mana Encik Seah menolaknya, sambil menjelaskan bahawa ia tidak memberi sebarang gambaran yang mengelirukan dan, lantas, tiada pelanggaran hak istimewa parlimen.
"Perkataan "motif tidak wajar" menunjukkan sesuatu yang haram, tidak jujur atau salah dari segi moral. Saya telah membaca dengan teliti ucapan yang dirakam di Hansard, dan saya mendapati bahawa kenyataan berhubung kawalan sewa tidak membayangkan sebarang motif yang tidak wajar bagi pihak Encik Leong," jelasnya.
Peraturan kawalan sewa merupakan dasar yang sah yang boleh dilaksanakan pemerintah itu, nyata Encik Seah.
Semasa perbahasan tersebut, Encik Leong dan Encik Murali, bertikam lidah tentang apa yang mereka maksudkan tentang kawalan sewa, katanya.
"Kedua-dua Encik Leong dan Encik Murali mempunyai pandangan yang berbeza mengenai apa yang mereka maksudkan apabila merujuk kepada kawalan sewa. Namun, ia sesuatu yang biasa dalam perbahasan Parlimen," jelas Encik Seah.
ADUAN TERHADAP VIVIAN BALAKRISHNAN
Encik Leong juga memfailkan aduan kedua, melibatkan Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan atas komen yang dirakam mikrofon di Parlimen pada 14 September 2021.
Ia terjadi semasa perbahasan parlimen selama 10 jam berhubung tenaga kerja hijrahan, pekerjaan dan mata pencarian rakyat Singapura serta perjanjian perdagangan bebas.
Dalam sebuah video perbahasan tersebut, yang disiarkan secara langsung di saluran YouTube Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), kedengaran suara yang menyatakan "beliau buta huruf" selepas Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng menjawab pertanyaan yang diajukan Encik Leong.
Satu lagi suara didengar beberapa minit kemudian bertanya "Seriously, how did he get into RI (Raffles Institution)? Must have been a lousy school." (Serius ni, bagaimana dia masuk RI? Mesti sekolah yang tidak bagus)."
Pada keesokan hari, Dr Balakrishnan berkata beliau telah menelefon Encik Leong untuk memohon maaf atas "komen peribadinya kepada seorang rakan sekerja" di Parlimen.
"Saya tidak setuju dengannya berhubung isu tersebut, tetapi saya tidak seharusnya berkata apa yang telah saya katakan," tulisnya dalam satu catatan di Facebook. "Encik Leong telah menerima permintaan maaf saya."
ADUAN "SUDAH LAPUK"
Pada Isnin, Encik Seah berkata Encik Leong hanya memfailkan aduan itu dua tahun selepas episod berkenaan, yang menggesa Dr Balakrishnan untuk menarik balik komennya secara rasmi dan meletakkan permohonan maaf beliau dalam rekod di Parlimen.
Salinan aduan Encik Leong dikongsi kepada Dr Balakrishnan, yang membalasnya dengan sepucuk surat yang bertarikh 5 September, kata Encik Seah.
"Pada pendapat saya, aduan itu sudah lapuk, disebabkan tempoh masa yang panjang. Ia tidak dibuat awal-awal lagi seperti yang ditetapkan, selepas anggota menyedari kenyataan yang dibuat itu," katanya.
Speaker tidak perlu ambil tindakan rasmi bagi aduan berkenaan, memandangkan perkara itu telah diselesaikan dengan permohonan maaf Dr Balakrishnan dan Encik Leong juga ,emerima permintaan maaf itu, jelas Encik Seah.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.