Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin diuji positif COVID-19

Speaker Parlimen Tan Chuan-jin memaklumkan pada Isnin (4 Jul) beliau diuji positif COVID-19 dan tidak akan dapat menghadiri sidang Parlimen minggu ini.

Anggaran Waktu Membaca:
 Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin diuji positif COVID-19

Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin semasa berucap di Parlimen pada 7 Mac 2022.

SINGAPURA: Speaker Parlimen Tan Chuan-jin memaklumkan pada Isnin (4 Jul) beliau diuji positif COVID-19 dan tidak akan dapat menghadiri sidang Parlimen minggu ini.

"Semua perkara baik pasti akan berakhir. Hari-hari bebas COVID yang saya tempuhi sudah berakhir," tulisnya dalam catatan Facebook.

Encik Tan berkata beliau mengalami sedikit gejala demam selesema tetapi kemudian diuji negatif dan merasakan beliau "sedang beransur pulih".

Beliau menguji dirinya sekali lagi sebelum Parlimen bersidang pada Isnin dan mendapati hasilnya positif.

"Sejauh ini baik-baik sahaja. Harap gejala akan menjadi ringan," katanya.

"Vaksinasi membantu jadi dapatkan suntikan dos penggalak apabila tiba giliran anda untuk berbuat demikian. Tolong ingatkan warga tua anda untuk mengambilnya!"

Speaker Parlimen juga berkata beliau terpaksa membatalkan beberapa acara dan pelantikan sepanjang beberapa hari mendatang serta meminta maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri.

Encik Tan berkata dalam satu catatan Facebook pada 29 Jun lalu bahawa beliau "mengalami demam selesema" tetapi "memutuskan untuk berlari-lari anak di bandar".
 
Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan