Skip to main content

Singapura

Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin, AP Cheng Li Hui letak jawatan atas perkara berkaitan 'tatasusila dan tingkah laku peribadi'

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Jul 2023 02:20PM Dikemas Kini : 17 Jul 2023 09:16PM

SINGAPURA: Speaker Tan Chuan-Jin dan Anggota Parlimen Cheng Li Hui meletak jawatan daripada kedua-dua Parlimen dan Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Perdana Menteri Lee Hsien Loong sudah menerima peletakan jawatan mereka, dedah Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Isnin (17 Jul).

Kenyataan Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengenai peletakan jawatan Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin.

letter

Speaker Parlimen Tan Chuan‐Jin meletak jawatan hari ini sebagai Speaker, sebagai Anggota Parlimen, dan juga sebagai anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Saya menerima peletakan jawatan Encik Tan daripada Parti Tindakan Rakyat. Peletakan jawatannya adalah perlu demi menegakkan piawai tatasusila dan tingkah laku peribadi yang tinggi yang telah dipertahankan oleh PAP selama ini. Surat balas saya dilampirkan di sini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Encik Tan kerana menjadi anggota pasukan saya, dan saya mendoakan yang terbaik buat beliau dan keluarganya dalam fasa kehidupan seterusnya.

Mengambil alih tugas Encik Tan ialah Encik Edwin Tong, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Menteri Kedua Undang-Undang dan Anggota Parlimen GRC Marine Parade yang akan menjaga para penduduk di kawasan undi Kembangan‐Chai Chee di GRC Marine Parade.

letter

Kenyataan Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengenai peletakan jawatan Anggota Parlimen Cheng Li Hui

letter

Anggota Parlimen Tampines East dan GRC Tampines Cheng Li Hui meletak jawatan hari ini sebagai Anggota Parlimen, dan juga sebagai anggota Parti Tindakan Rakyat.

Saya menerima peletakan jawatan Cik Cheng daripada Parti Tindakan Rakyat. Peletakan jawatannya adalah perlu demi menegakkan piawai tatasusila dan tingkah laku peribadi yang tinggi yang telah dipertahankan oleh PAP selama ini. Surat balas saya dengannya dilampirkan di sini.

Menggalas tugas Cik Cheng ialah Encik Masagos Zulkifli, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Menteri Kedua Kesihatan dan Anggota Parlimen GRC Tampines yang akan menjaga para penduduk Tampines East di GRC Tampines.

Surat daripada Tan Chuan-Jin kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong

letterletter

Surat daripada Cheng Li Hui kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong

letter

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita