Speaker AS Nancy Pelosi bertemu pemimpin S'pura
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Rombongan enam anggota pimpinan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi bertemu dengan Presiden Halimah Yacob dan pemimpin lain Singapura pada Isnin (1 Ogos) sebagai sebahagian daripada lawatan beliau ke Asia.
Kedua-dua pihak mengesahkan lagi hubungan dua hala yang cemerlang dan terjalin sekian lama antara Singapura dan AS, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan media.
"Mereka membincangkan hubungan rapat antara rakyat dan hubungan pendidikan antara kedua-dua negara serta mengalu-alukan peluasan kerjasama dalam bidang baru seperti perubahan iklim," menurut MFA.
"Mereka juga bertukar-tukar pandangan mengenai cara memupuk perpaduan sosial di Singapura dan AS."
Cik Pelosi yang sedang dalam rangka lawatan dua hari ke Singapura juga bertemu dengan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dan Menteri Ehwal Luar, Vivian Balakrishnan di Istana.
Menurut MFA, Encik Lee dan rombongan Cik Pelosi "mengesahkan kerjasama dua hala yang mendalam dan pelbagai antara Singapura dan AS yang diasaskan kerjasama teguh meliputi pertahanan, keselamatan dan ekonomi".
MFA menambah kedua-dua pihak turut membincangkan cara untuk memperdalamkan hubungan ekonomi Washington menerusi inisiatif seperti Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik
Encik Lee dan delegasi itu juga bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan utama antarabangsa dan serantau termasuk perang di Ukraine, kestabilan hubungan AS-China dan perubahan iklim.
PM Lee menekankan peri pentingnya hubungan Amerika-China yang mantap demi keamanan dan keselamatan serantau, tambah MFA.
Cik Pelosi turut bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong, Menteri Kanan, Teo Chee Hean dan Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras Dasar Sosial, Tharman Shanmugaratnam.
Sempena lawatannya ke Asia, Cik Pelosi dijadualkan membuat persinggahan ke Malaysia, Korea Selatan dan Jepun bagi mengesahkan lagi komitmen AS di rantau ini. Bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada beliau akan melawat Taiwan.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.