Speaker baharu Seah Kian Peng angkat sumpah jawatan, gesa AP waspada tingkah laku peribadi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sidang parlimen pada pagi Rabu (2 Oogs) meluluskan pelantikan Anggota Parlimen GRC Marine Parade, Seah Kian Peng sebagai Speaker baharu.
Beliau menggantikan Encik Tan Chuan-jin, yang meletak jawatan kerana menjalin hubungan sulit dengan seorang lagi Anggota Parlimen (AP).

BACA: Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin, AP Cheng Li Hui letak jawatan atas perkara berkaitan 'tatasusila dan tingkah laku peribadi'
Encik Seah pernah menjadi Timbalan Speaker antara tahun 2011 hingga 2016.
Bercakap selepas beliau dipilih, Encik Seah mengingatkan para AP tentang peraturan dan kod tata laku yang mengawal mereka sebagai anggota parlimen dan anggota parti politik, susuli beberapa pengunduran AP kerana salah laku peribadi.
"Kita semua manusia biasa - peristiwa baru-baru ini, mengingatkan kita tentang kelemahan kita bukan sahaja fizikal tetapi juga rohani dan moral," kata Encik Seah.
"Saya mengatakan demikian kerana pertama, perlunya kita semua berwaspada dengan tingkah laku kita terlebih dahulu, dan juga dengan rakan kerja kita - meminta setiap daripada kita dipertanggungjawaban, tidak takut untuk memberitahu kebenaran, atau sukar terima dan mendengar kebenaran."
Encik Seah berjanji untuk melaksanakan tugasnya dengan saksama, tegas dan adil, bagi memastikan urusan parlimen berjalan lancar.
Beliau juga menggesa para AP supaya menjalankan tugas mereka dengan bermaruah dan rasa tanggungjawab yang berterusan.
"Saya menggesa semua dalam Dewan ini, untuk beri tumpuan kepada tugas utama kita - untuk berkhidmat kepada rakyat Singapura. Saya berharap, meskipun dalam keadaan perbahasan yang penuh semangat, anda, para AP, akan mengekalkan standard kesopanan tertinggi dan tingkah laku yang sesuai untuk Dewan ini.
"Teruskan berdebat dan bercakap dengan penuh semangat dan keyakinan, tetapi pastikan kita semua mematuhi dan menegakkan peraturan yang menjadi panduan kepada kita di Dewan ini," ujarnya.
Sembilan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) juga mengangkat sumpah taat setia pada Rabu.
Mereka termasuk pensyarah Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), Profesor Madya Razwana Begum Abdul Rahim dan pakar psikiatri Dr Syed Harun Taha al-Habsyi.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.