Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SPCA tawar pemeriksaan kesihatan haiwan peliharaan percuma bagi keluarga bergaji rendah

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebanyak 77 ekor kucing, 25 ekor anjing, empat ekor arnab, tiga ekor hamster dan seekor cincila menjalani pemeriksaan kesihatan pada hujung minggu ini.

Ia adalah sebahagian daripada program yang bertujuan untuk memastikan keluarga-keluarga berpendapatan rendah mendapatkan jagaan veterinar bagi haiwan peliharaan mereka.

Inisiatif di bawah naungan Persatuan Mencegah Penganiayaan Haiwan (SPCA) itu dilancarkan pada Sabtu (13 Mac) di Marsiling, di mana sesi pertama daripada 10 pemeriksaan kesihatan haiwan peliharaan percuma telah diadakan.

Para doktor haiwan dan jururawat dari SPCA, serta sukarelawan, menyediakan khidmat veterinar seperti pemeriksaan fizikal, vaksinasi dan pemasangan cip mikro. Bagi haiwan peliharaan yang memerlukan pemeriksaan lanjut, janji temu bersubsidi akan diaturkan di Klinik Haiwan Masyarakat SPCA.

SPCA akan memperuntukkan S$150,000 bagi pemeriksaan kesihatan. Baki sembilan pemeriksaan kesihatan akan dijalankan dari sekarang sehingga hujung tahun ini.

Menurut SPCA, lokasi-lokasi seterusnya akan dipilih berdasarkan bilangan flat sewa, penduduk dengan haiwan peliharaan yang mendapatkan bantuan kewangan dalam jarak yang berdekatan dengan lokasi tersebut dan kes-kes yang diterima melalui talian hotline 24 jam pertubuhan tersebut.

"Kami berharap ini akan ... membantu membendung kes haiwan peliharaan terbiar kerana tidak mampu untuk mendapatkan rawatan perubatan," kata Cik Aarthi Sankar, pengarah eksekutif SPCA.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan