Sparkletots akan suntik dana S$20 juta; latih 8,000 pendidik dalam 3 tahun
- PCF Sparkletots in Singapore will invest S$20 million over three years to train about 8,000 educators as part of PCF's 40th anniversary.
- The investment is aimed at strengthening teachers' professional development, leadership and digital skills so that the quality of learning for preschool children can be improved.
- Josephine Teo said PCF wants all children, regardless of background, to have a strong preschool foundation and grow up with confidence.
- Sparkletots will also reduce teachers' administrative workload through dedicated teams, so that educators can focus more on teaching, family relationships and learning support.
- PCF Sparkletots di Singapura akan melabur S$20 juta selama tiga tahun untuk melatih kira-kira 8,000 pendidik sempena ulang tahun ke-40 PCF.
- Pelaburan itu bertujuan memperkukuh pembangunan profesional, kepimpinan dan kemahiran digital guru supaya mutu pembelajaran kanak-kanak prasekolah dapat ditingkatkan.
- Josephine Teo berkata PCF mahu semua kanak-kanak, tanpa mengira latar belakang, mendapat asas prasekolah yang kukuh dan membesar dengan yakin.
- Sparkletots juga akan mengurangkan tugas pentadbiran guru melalui pasukan khusus, agar pendidik lebih fokus kepada pengajaran, hubungan keluarga dan sokongan pembelajaran.
SINGAPURA: Sparkletots bakal menggandakan pelaburan bagi pembangunan para kakitangannya, dengan menyuntik dana S$20 juta untuk melatih kira-kira 8,000 pendidik bagi tempoh tiga tahun mendatang.
Pengendali prasekolah terbesar di Singapura itu turut berhasrat mengurangkan beban kerja pentadbiran untuk tenaga pengajarnya, selain mengukuhkan sokongan untuk pelajar yang mempunyai keperluan pembelajaran.
Pelbagai langkah tersebut diambil sempena sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Masyarakat PAP (PCF).
Pengerusi Majlis Pengurusan PCF, Josephine Teo berkata pihaknya melakukan demikian kerana guru yang baik memberi perbezaan yang ketara kepada pembelajaran anak-anak.
"Ibu bapa meletakkan kepercayaan mereka kepada PCF Sparkletots semasa tahun-tahun pembangunan anak-anak mereka.
Lantas, kami percaya kepada memberi semua kanak-kanak, tanpa mengira latar belakang, permulaan yang kukuh di prasekolah serta bantu mereka membesar dengan rasa yakin," kata Cik Teo, yang juga Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital.
Justeru, lebih ramai pendidik di Sparkletots akan meraih ganjaran daripada pelaburan tambahan dalam pembangunan profesional, kepimpinan dan kemahiran digital mereka.
Pihak pengendali prasekolah itu juga akan mengurangkan beban kerja para pendidik.
Tugas sedia ada seperti mengendalikan permintaan pakaian seragam dan menyelaras kiriman barangan runcit akan diuruskan sebuah pasukan khusus kelak.
Ketua Pegawai Operasi PCF Sparkletots, Marini Khamis, berkata: "Pada masa hadapan di bawah model pusat yang dipertingkat, kami secara berperingkat akan sediakan sokongan untuk fungsi pentadbiran tertentu.
"Ini supaya para pendidik dan pemimpin kami boleh tumpukan lebih banyak masa kepada pengajaran atau membina hubungan dengan kanak-kanak dan keluarga, dan juga ruang untuk beri tumpuan kepada peranan utama mereka."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.