SP Group umum pengesan jejak karbon; bantu pengguna pantau, kurangkan pengeluaran
Satu ciri baru yang akan diperkenalkan SP Group membolehkan para penduduk dan perniagaan untuk mengesan serta mengurangkan jejak karbon. Ini menurut syarikat pengendali khidmat elektrik tersebut dalam satu kenyataan media pada Khamis (24 Okt).

Gambar fail alat penjana SP Group. (Gambar: SP Group/Facebook)
SINGAPURA: Satu ciri baru yang akan diperkenalkan SP Group membolehkan para penduduk dan perniagaan untuk mengesan serta mengurangkan jejak karbon. Ini menurut syarikat pengendali khidmat elektrik tersebut dalam satu kenyataan media pada Khamis (24 Okt).
Para pengguna boleh menggunakan pengesan jejak karbon pada aplikasi 'SP Utilities' mulai Disember ini untuk memantau pengeluaran karbon berdasarkan penggunaan kuasa dan gaya hidup mereka.
Menurut SP Group, alat tersebut "direka untuk mewujudkan kesedaran, menyediakan kaedah untuk mengambil tindakan dan membuat perubahan yang akan mengurangkan pengeluaran karbon.
"Dengan pengesan jejak karbon kami, para pengguna boleh melihat bagaimana tindakan mereka membawa kesan kepada alam sekitar," kata Ketua Pegawai Eksekutif SP Group Wong Kim Yin.
"Dengan pengetahuan ini, mereka boleh mengambil tindakan untuk memperbaiki tabiat mereka ke arah gaya hidup lebih bermutu dan mampan."
Lebih banyak ciri akan ditambah secara bertahap-tahap pada separuh pertama 2020.
Mereka yang mempunyai pengesan tersebut boleh menggunakan alat simulasi untuk menghitung pengeluaran karbon berdasarkan kegiatan harian seperti cara pengangkutan, tabiat penggunaan dan penggunaan kuasa tenaga. Mereka juga boleh bersaing dengan yang lain untuk mencapai sasaran mesra alam.
"Sesiapa yang mempuyai akaun SP Utilities boleh memuat turun aplikasi tersebut dan menggunakan pengesan jejak karbon serta alatnya, tidak kira siapa penyedia runcit elektrik atau jenis meter mereka," jelas SP Group.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.