Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SP Group, STMicroelectronics kerjasama bina sistem penyejukan pusat

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 May 2022 08:04PM Dikemas Kini : 18 May 2022 08:49PM

SINGAPURA: Dalam satu lagi langkah untuk 'menghijaukan' sektor pengilangan demi menjadikannya lebih mesra alam, SP Power hari ini (18 Mei) memeterai perjanjian dengan syarikat semikonduktor global, STMicroelectronics.

Menerusi perjanjian itu, sebuah sistem penyejukan terbesar bagi daerah perindustrian di Singapura akan dipasang di kemudahan STMicroelectronics di Ang Mo Kio.

Perasmian kerjasama itu disaksikan Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Low Yen Ling.

Sistem penyejukan tersebut dijangka mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 120,000 tan atau bersamaan dengan menghentikan penggunaan lebih 109,000 kereta di jalan raya.

Apabila siap dalam tahun 2025, sistem penyejukan pusat berasaskan air itu juga akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

STMicroelectronics menyatakan ia beroperasi dalam lima bangunan berbeza dan buat masa ini, masing-masing mempunyai loji penyejukan tersendiri.

Namun, dengan sebuah sistem penyejukan pusat yang digunakan oleh kelima-lima bangunan, ia dapat menjimatkan penggunaan elektrik syarikat itu sebanyak 20 peratus.

SP Group akan mereka, membina dan mengendalikan sistem penyejukan tersebut.

Loji penyejukan itu akan ditempatkan di tempat pembuat alat hawa dingin syarikat Daikin. Ia akan mempunyai keupayaan penyejukan sehingga 36,000 tan bahan penyejuk.

Daikin dan SP Group juga memeterai satu perjanjian berasingan untuk meneroka kemungkinan memperkenalkan sistem penyejukan daerah itu ke negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Indonesia.

Sumber : CNA/DY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan