Skip to main content

Singapura

SP Group siasat kebocoran 706 alamat emel pelanggan

SP Group menyatakan pada Khamis (29 Ogos) bahawa ia sedang menjalankan siasatan setelah syarikat itu menghantar satu makluman yang menunjukkan lebih 700 alamat emel.

Anggaran Waktu Membaca:
SP Group siasat kebocoran 706 alamat emel pelanggan

Gambar fail alat penjana SP Group. (Gambar: SP Group/Facebook)

Diterbitkan : 30 Aug 2019 07:30AM Dikemas Kini : 30 Aug 2019 07:33AM

SINGAPURA: SP Group menyatakan pada Khamis (29 Ogos) bahawa ia sedang menjalankan siasatan setelah syarikat itu menghantar satu makluman yang menunjukkan lebih 700 alamat emel.

"Awal hari ini, kami menghantar para pelanggan satu emel yang menunjukkan alamat emel kesemua penerima," jelas SP Group sebagai respons kepada pertanyaan Mediacorp.

"Tiada maklumat peribadi lain tertera pada mesej tersebut."
Menurut seorang jurucakap syarikat, 706 alamat emel terdedah di dalam emel berkenaan.

Satu salinan emel yang dilihat sendiri oleh Mediacorp menunjukkan ia memaklumkan kepada para pelanggan untuk mengemas kini ID pengguna kerana laman web syarikat itu tidak akan lagi menerima nombor NRIC atau FIN bagi log masuk akaun mulai 1 September - sebagai mematuhi garis panduan Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) berhubung NRIC dan nombor pengenalan lain.

SP Group menyatakan: "Kami memohon maaf atas insiden ini dan sudahpun memaklumkannya kepada para pelanggan yang terjejas".

"Kami sedang menjalankan siasatan teliti dan akan mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan perkara ini daripada berulang."
 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita