Sos Pasta Cendawan Carbonara Prego ditarik balik
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Sos Pasta Prego Carbonara Mushroom yang diimport ke Singapura sudah ditarik balik, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam kenyataan medianya pada Khamis (22 Dis).
Menurut SFA, pihaknya diberitahu oleh The Arnott’s Group bahawa terdapat 'kesilapan pengilangan' pada kumpulan sos pasta berkenaan (665g).
Produk-produk yang terjejas - dengan nombor kumpulan 2022081716 - dihasilkan pada 17 Ogos 2022, dari pukul 10.18 malam hingga 11.20 malam. Tarikh luputnya adalah pada 17 Ogos 2023.
Berasal dari Malaysia, produk-produk itu mungkin menunjukkan tanda-tanda termasuk bau yang tidak menyenangkan, warna yang luar biasa, terlalu cair serta berair dan lapisan cecair yang terpisah, menurut SFA.
Pengimport produk-produk tersebut, Campbell Soup Southeast Asia (cawangan Singapura) sudahpun diarahkan supaya menarik balik produk-produk tersebut, dedah SFA.
Di bawah Akta Penjualan Makanan, makanan yang diketahui tidak sesuai dimakan tidak seharusnya dijual.
"Para pengguna yang sudah membeli produk-produk berkenaan tidak seharusnya memakan produk-produk tersebut," menurut SFA.
"Sesiapa saja yang sudah memakan produk itu dan berasa tidak sihat harus mendapatkan rawatan perubatan."
Para pengguna boleh menghubungi tempat di mana produk tersebut dibeli untuk mengajukan pertanyaan, tambah SFA.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.