Skip to main content

Singapura

SOS lancar khidmat WhatsApp 24 jam untuk bantu orang dalam keresahan

Anggaran Waktu Membaca:
SOS lancar khidmat WhatsApp 24 jam untuk bantu orang dalam keresahan

(Gambar: SOS)

Diterbitkan : 10 Sep 2022 07:56AM
SINGAPURA: Perbuatan bunuh diri adalah punca utama kematian golongan muda berusia antara 10 dengan 29 tahun di Singapura. Tahun lalu, 378 orang membunuh diri - hampir satu pertiga daripada tergolong dalam kumpulan usia itu.

Ia adalah salah satu sebab Samaritans of Singapore (SOS) menyediakan perkhidmatan WhatsApp 24 jam untuk membantu mereka yang dalam keresahan.

Mereka yang memerlukan bantuan boleh menghantar teks ke 9151 1767 untuk mendapatkan sokongan melalui CareText, atau hubungi langsung ke talian hotline 1767.

Khidmat CareText itu dilancarkan secara rasmi pada Sabtu (10 Sep), dan dikendalikan oleh sukarelawan dan kakitangan terlatih SOS.

Pertama kali dirintis pada Julai 2020 pada waktu terhad, ia meluaskan liputannya untuk beroperasi 24 jam tujuh hari seminggu pada Januari tahun ini di bawah satu percubaan sebelum dilancarkan secara rasmi.

Dalam satu tinjauan tinjauan pada 2020, beberapa belia memberitahu SOS bahawa laluan sesuai dan dipercayai untuk mereka meminta bantuan agak berkurangan, kata Encik Phua Chun Yat, ketua pegawai operasi SOS.

“Kami rasa (mengirim mesej teks) akan menjadi platform yang baik untuk mendekati golongan belia dan cuba mengurangkan halangan untuk mendapatkan bantuan, terutamanya pada masa di mana saya fikir terdapat banyak ketidakpastian, apabila orang ramai tidak keluar rumah kerana pandemik,” jelasnya.

Bulan lalu, SOS menjawab hampir 1,800 bual sembang – hampir tiga kali ganda berbanding jumlah yang diterima pada Ogos 2021. Semasa tempoh percubaan, badan bukan meraih untung itu mendapati bahawa kira-kira 82 peratus orang yang menghantar mesej berumur 29 tahun ke bawah.

Di mana anda boleh dapatkan bantuan:

Hotline Samaritans of Singapore: 1767

Talian Bantuan Institut Kesihatan Mental: 6389 2222

Talian Bantuan Persatuan bagi Institut Kesihatan Mental Singapura: 1800 283 7019

Anda juga boleh mendapatkan senarai talian bantuan antarabangsa di sini. Jika seseorang yang anda kenali dalam keadaan berisiko, segera hubungi perkhidmatan perubatan kecemasan 24 jam.
Sumber : CNA/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita