Sorotan utama Parlimen pada 3 Nov: Ramalan jerebu hingga persoalan mengenai COE
Anggaran Waktu Membaca:
Parlimen pada 3 November 2026. (Gambar: Mediacorp)
Key highlights from Parliament on Nov 3: Haze forecasts and questions about COE
- On Nov 3, Singapore Members of Parliament discussed the haze, maritime affairs, energy, Islamic education, COE issues and scams. Singapore will also push for stronger action on the haze when it chairs ASEAN next year.
- MOM will monitor protections for workers during the haze, including delivery workers. Employers are encouraged to bear the costs of operational disruptions and not to deduct wages or leave; more than 113,000 visits were recorded after treatment subsidies were activated on Oct 12.
- Parliament passed amendments to maritime laws to support automation, cybersecurity and enforcement, and renamed MTI as METI to highlight the role of energy and support companies’ efficiency.
- The Government will fund most of SCIS’s non-religious components. SCIS will receive its first students in 2028, while sustainable funding sources are being encouraged and support for Islamic institutions and aid recipients is guaranteed to remain unaffected.
- Pada 3 November, Anggota Parlimen Singapura membincangkan jerebu, maritim, tenaga, pendidikan Islam serta isu COE dan penipuan; Singapura juga akan menggesa tindakan lebih tegas terhadap jerebu ketika mempengerusikan ASEAN tahun depan.
- MOM akan memantau perlindungan pekerja semasa jerebu, termasuk pekerja penghantaran, sementara majikan disaran menanggung kos gangguan operasi dan tidak memotong gaji atau cuti; lebih 113,000 kunjungan direkodkan selepas subsidi rawatan diaktifkan pada 12 Oktober.
- Parlimen meluluskan pindaan undang-undang maritim bagi menyokong automasi, keselamatan siber dan penguatkuasaan, serta menukar nama MTI kepada METI untuk menonjolkan peranan tenaga dan menyokong kecekapan syarikat.
- Pemerintah akan membiayai sebahagian besar komponen bukan agama SCIS, yang menerima pelajar pertama pada 2028, sambil menggalakkan sumber dana mampan dan menjamin sokongan kepada institusi serta penerima bantuan Islam tidak terjejas.
SINGAPURA: Daripada persoalan mengenai ramalan jerebu hingga maklum balas mengenai penggabungan kategori Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE), para Anggota Parlimen (AP) membincangkan pelbagai isu di Parlimen pada Selasa (3 Nov).
Parlimen turut dimaklumkan bahawa Singapura akan menggesa tindakan lebih tegas dalam menangani jerebu apabila negara ini menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan.
Satu rang undang-undang turut dibentangkan untuk menetapkan latihan pemulihan atau hukuman penjara sebagai pilihan hukuman asas bagi pesalah muda yang disabitkan kesalahan penipuan atau membantu kegiatan penipuan.
Berikut lima lagi perkara utama yang dibincangkan di Parlimen.
PERLINDUNGAN PEKERJA SEMASA JEREBU
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan terus bekerjasama rapat dengan pengendali platform untuk memastikan pekerja penghantaran platform tidak dikenakan tindakan jika mengambil masa lebih lama untuk menyelesaikan tugasan semasa keadaan berjerebu, termasuk menerusi potongan gaji atau pengurangan tugasan.
Menteri Negara Tenaga Manusia Dinesh Vasu Dash berkata MOM buat masa ini tidak merancang protokol khusus mengikut sektor dalam menghadapi jerebu.
Namun, pihak kementerian akan terus memeriksa langkah perlindungan jerebu yang dilaksanakan majikan semasa pemeriksaan di tempat kerja.
Majikan turut dinasihatkan supaya menanggung kos bagi sebarang penggantungan operasi jangka pendek atau sementara akibat jerebu dan tidak memotong gaji atau kelayakan cuti pekerja yang terjejas.
Pekerja boleh melaporkan amalan kerja tidak selamat kepada MOM menerusi platform SnapSAFE, manakala tindakan balas terhadap pekerja yang membuat aduan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja.
LEBIH 113,000 KUNJUNGAN KE KLINIK DI BAWAH SKIM SUBSIDI JEREBU
Lebih 113,000 kunjungan direkodkan di poliklinik dan klinik doktor keluarga swasta yang mengambil bahagian dalam tempoh kurang dua minggu selepas Skim Subsidi Jerebu diaktifkan pada 12 Oktober.
Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata antara 12 dengan 24 Oktober,lebih 41,000 kunjungan dibuat ke poliklinik dan lebih 72,000 ke klinik swasta yang mengambil bahagian.
Angka itu merupakan jumlah awal kerana klinik belum selesai mengemukakan tuntutan masing-masing.
Dari awal September hingga pertengahan Oktober, purata kunjungan harian bagi masalah kesihatan yang berpotensi berkaitan jerebu meningkat sekitar 25 peratus di poliklinik dan 20 peratus di jabatan kecemasan.
Encik Ong berkata peningkatan terbesar dicatat dalam kalangan golongan dewasa berusia 18 hingga 64 tahun, sambil menambah bahawa jumlah kunjungan menurun selepas skim itu diaktifkan.
Encik Ong berkata bukti mengenai kesan kesihatan jangka panjang akibat pendedahan berkala kepada jerebu di Singapura masih terhad.
PINDAAN UNDANG-UNDANG MARITIM DILULUSKAN
Parlimen meluluskan pindaan kepada Akta Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura untuk mengemas kini rangka kerja kawal selia maritim sedang sektor tersebut semakin menggunakan automasi dan teknologi digital.
Menteri Negara Kanan Pengangkutan Murali Pillai berkata perubahan itu akan menyokong penggunaan teknologi baharu secara selamat, termasuk kapal tanpa pemandu.
Pindaan tersebut turut memperkukuh keperluan keselamatan siber, mengemas kini rangka kerja pelesenan dan kuasa penguatkuasaan MPA serta membolehkannya bertindak lebih pantas terhadap risiko segera.
Para AP meminta peraturan lebih jelas mengenai pihak yang bertanggungjawab apabila kapal tanpa pemandu atau kapal yang dikendalikan dari jauh terlibat dalam kemalangan.
Encik Murali berkata setiap kapal tanpa pemandu akan terus mempunyai nakhoda manusia yang memegang kuasa dan tanggungjawab terhadap kapal tersebut.
MTI KINI DIKENALI SEBAGAI METI
Parlimen turut meluluskan rang undang-undang untuk merasmikan pertukaran nama Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) kepada Kementerian Tenaga, Perdagangan dan Perusahaan (METI).
Menteri Negara Tenaga, Perdagangan dan Perusahaan Gan Siow Huang berkata perubahan itu menekankan peranan tenaga yang semakin penting dalam pertumbuhan ekonomi, matlamat iklim dan daya tahan negara.
METI turut memainkan peranan utama dalam pembangunan tenaga nuklear awam dan bekerjasama dengan kementerian lain dalam perancangan prasarana, langkah daya tahan serta strategi mengurangkan pelepasan karbon.
Pemerintah juga akan menyediakan skim kewangan untuk membantu syarikat meningkatkan kecekapan tenaga ketika Singapura berdepan perubahan harga tenaga global.
MEMBANGUNKAN PEMIMPIN AGAMA MASA DEPAN
Pemerintah akan membiayai sebahagian besar komponen bukan agama Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS), termasuk modul sains sosial dan prasarana kampus.
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Zaqy Mohamad berkata SCIS, yang akan menerima kumpulan pelajar pertamanya pada 2028, tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada dana masyarakat.
Kolej itu perlu membangunkan sumber pembiayaan mampan lain, termasuk menerusi usaha mengumpul dana bagi menyokong pembangunan jangka panjangnya.
Encik Zaqy turut memberi jaminan bahawa penubuhan SCIS tidak akan menjejas sokongan kepada masjid, madrasah dan penerima bantuan kewangan daripada dana kebajikan Islam.
Perbahasan Rang Undang-Undang Pentadbiran Hukum Islam (Pindaan), yang turut merangkumi perubahan kepada proses perceraian pasangan Islam, akan diteruskan pada Rabu.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.