Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sorotan Utama NDR2022 PM Lee

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Aug 2022 06:32PM Dikemas Kini : 22 Aug 2022 12:14AM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan menyampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan secara langsung hari ini (21 Ogos).

Beliau akan menyampaikan ucapan dalam bahasa Melayu pada pukul 6.45 petang, sebelum beralih kepada ucapannya dalam bahasa Mandarin pada pukul 7.00 malam dan bahasa Inggeris pada pukul 8.00 malam.

Anda boleh menyaksikan ucapan Encik Lee dalam Bahasa Melayu serta Bahasa Mandarin di sini dan kemudian ucapan beliau dalam Bahasa Inggeris di sini apabila ia bersiaran secara langsung.

Rapat Umum Hari Kebangsaan dianggap sebagai ucapan politik paling penting sepanjang tahun, menyediakan platform untuk Perdana Menteri menyampaikan ucapan utama kepada warga Singapura dan berkongsi dasar penting kepada seluruh negara.

Rapat Umum Hari Kebangsaan diadakan setiap tahun sejak 1966, kecuali pada tahun 2020 disebabkan pandemik COVID-19.

Ikuti perkembangan terkini Rapat Umum Hari Kebangsaan:

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan