Sorotan NDP 2024 di Padang
Pertunjukan bunga api semasa Perbarisan Hari Kebangsaan pada 9 Ogos 2024. (Gambar: Jeremy Long/CNA)
SINGAPURA: Sekalipun hujan lebat, Perbarisan Hari Kebangsaan 2024 (NDP 2024) di Padang diadakan dalam suasanan yang gilang-gemilang pada Jumaat (9 Ogos) bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan Singapura yang ke-59.
Sekitar 27,000 penonton yang lengkap berpakaian merah dan putih, disajikan dengan persembahan pandang dengar yang menakjubkan, termasuk aksi pasukan payung terjun Red Lions dan segmen Pertahanan Mutlak yang menampilkan kenderaan ketenteraan baharu.
Berikut antara sorotan-sorotan menarik NDP 2024, yang dirakam para wartawan Mediacorp sepanjang perbarisan itu.
1. PENONTON NDP HARUNGI HUJAN LEBAT
Meskipun hujan mencurah-curah, orang ramai masih bersemangat menuju ke Padang, engkap berpakaian warna kebangsaan merah dan putih.
2. PERSEMBAHAN DITERUSKAN
Para pekerja NDP gigih membersihkan kawasan pentas di Padang sebagai persediaan bagi persembahan gah NDP 2024.
3. TEMPAT DUDUK HADAPAN NDP
Para Anggota Parlimen tiba di perbarisan itu, di mana mereka menyaksikan persembahan-persembahan NDP 2024 daripada tempat duduk hadapan.
4. PENDARATAN LANCAR RED LIONS!
Seorang demi seorang! Lapan anggota pasukan payung terjun Red Lions, yang dua daripadanya adalah anggota wanita, berjaya mendarat dengan selamat, diiringi dengan sorakan dan tepukan gemuruh para penonton.
5. LAMBAIAN MENTERI KANAN LEE KEPADA PENONTON
Sejak 20 tahun lalu, Encik Lee Hsien Loong telah menghadiri NDP sebagai Perdana Menteri Singapura.
Tahun ini, beliau menghadirinya sebagai Menteri Kanan selepas menyerahkan tampuk kepimpinan negara kepada Encik Lawrence Wong pada 15 Mei lalu.
6. NDP PERTAMA LAWRENCE WONG SEBAGAI PM
Perdana Menteri Lawrence Wong tiba di Padang untuk menghadiri NDP buat pertama kali sebagai Perdana Menteri.
7. NDP PERTAMA BAGI THARMAN SEBAGAI PRESIDEN
Para penonton turut memberikan sorakan gemuruh kepada Presiden Tharman Shanmugaratnam sebaik tiba di Padang. Ini merupakan Perbarisan Hari Kebangsaan yang pertama baginya sebagai ketua negara.
Presiden Tharman mengangkat sumpah sebagai Presiden kesembilan Singapura pada September tahun lalu selepas meraih kemenangan besar dalam pilihan raya tersebut.
8. PAPARAN PERTAHANAN MUTLAK
Sebagai sebahagian daripada paparan Pertahanan Mutlak, dua jet pejuang F-16 menunjukkan bagaimana ia memintas pesawat yang mencurigakan.
9. PINGAT OLIMPIK SEMPENA ULANG TAHUN SG
Jauh dari Padang, sebilangan rakyat Singapura berhimpun di Pusat Sukan Layar Nasional untuk memberi sokongan kepada atlet 'kitefoil' Max Maeder yang bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024.
Beliau berjaya merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 pada Jumaat (9 Ogos), sekali gus menjadi pemenang pingat Sukan Olimpik termuda Singapura.
10. "NOT ALONE"
Persembahan gilang-gemilang disajikan dengan dendangan lagu tema NDP 2024 - Not Alone, yang digubah dan dipersembahkan oleh penyanyi-penulis lagu Singapura Benjamin Kheng.
11. PERTUNJUKAN BUNGA API YANG MEMUKAU
Orang ramai di Marina Bay bersorak apabila pertunjukan bunga api menerangi langit malam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.