Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Solat Jumaat Masjid Darul Makmur di bekas Sekolah Menengah North View bermula 12 Mei

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Tapak bekas Sekolah Menengah North View sudah siap untuk para jemaah Masjid Darul Makmur melakukan solat Jumaat mulai 12 Mei.

Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara, Dr Muhammad Faishal Ibrahim mengumumkan perkembangan tersebut di media sosial pada Isnin (8 Mei).

"Lantai sudah dibersihkan, semua lampu berfungsi dan ada kipas untuk pengudaraan yang baik di ruang tersebut bila para jemaah kita berhimpun untuk solat," kata Dr Faishal yang juga Anggota Parlimen GRC Nee Soon. 

Beliau menambah bahawa ramai penduduk beragama Islam berkongsi yang mereka gembira ruang solat sementara itu sudah diaturkan. 

"Ia selesa dan kemudahan-kemudahan ini membolehkan para jemaah dengan masalah pergerakan menyertai solat Jumaat juga," tambah Dr Faishal. 

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan para pemimpin akar umbi Nee Soon atas sokongan mereka. 

Menurut Dr Faishal, tindakan pantas mereka kepada maklum balas daripada para anggota lembaga pentadbir Masjid Darul Makmur dan para jemaah membolehkan mereka mendapatkan tapak itu sebagai ruang solat sementara dalam masa yang singkat. 

Masjid Darul Makmur yang terletak di Yishun ditutup mulai 24 Apr lalu bagi kerja-kerja naik taraf dan dijangka siap menjelang hujung 2025.

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan