Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Solat Jumaat 14 Ogos dibuka kepada jemaah berulang, pendaftaran dibuka esok

Jemaah yang mendapat tempat bagi solat Jumaat pada 26 Jun lalu, boleh mendaftar bagi solat Jumaat pada minggu ini, 14 Ogos, selagi ruang masih ada.

Anggaran Waktu Membaca:
Solat Jumaat 14 Ogos dibuka kepada jemaah berulang, pendaftaran dibuka esok

Para jemaah mengerjakan solat Jumaat di Masjid Al-Falah pada 17 Jul 2020. (Gambar: Rosli A Razak)

SINGAPURA: Jemaah yang mendapat tempat bagi solat Jumaat pada 26 Jun lalu, boleh mendaftar bagi solat Jumaat pada minggu ini, 14 Ogos, selagi ruang masih ada.

Pendaftaran bagi kumpulan jemaah ini akan dibuka esok (13 Ogos) pada 10.00 pagi.

Mereka boleh melakukannya melalui laman https://ourmosques.commonspaces.sg atau di app Muslim.sg.

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengumumkan demikian di laman Facebook hari ini (12 Ogos).

Menurut MUIS, sehingga 1.00 tengah hari Rabu, masih ada sekitar 1,700 slot solat Jumaat pada 14 Ogos ini.

Sebelum ini, jemaah tidak dibenarkan mendaftar lagi untuk solat Jumaat jika sudah berjaya mendapatkan tempat sebelumnya kerana tempat terhad.

MUIS menyatakan, menyusuli maklum balas yang diterima sejak beberapa minggu lalu dan baki tempat solat yang ada, pihaknya akan membenarkan pendaftaran bagi jemaah berulang, selagi ada jumlah slot kosong.

"Kami maklum bahawa ramai yang mengalu-alukan peluang kembali ke masjid sekali lagi bagi menunaikan solat Jumaat.

"Kami berharap dapat membolehkan jemaah mendaftar semula secara bertahap-tahap bagi sesi kedua solat Jumaat untuk minggu-minggu akan datang," jelas MUIS di laman Facebook.

MUIS juga memohon orang ramai supaya bersabar dan faham supaya masjid dapat terus menjadi selamat bagi kesejahteraan semua. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan