Solat Aidiladha: Tempahan diperlukan bagi hanya Masjid Darul Ghufran, sehingga 3 sesi diadakan di 68 masjid
SINGAPURA: Para jemaah yang berhasrat untuk menunaikan solat Hari Raya Haji di Masjid Darul Ghufran di Tampines dalam sesi pertama perlu membuat tempahan slot.
Mereka boleh melakukan demikian mulai 10 pagi pada Rabu (12 Jun) secara online di sini.
Untuk sesi lain di masjid-masjid selebihnya, tempahan tidak diperlukan.
Sehingga tiga sesi solat sunat Hari Raya Aidiladha disediakan di 68 masjid pada 17 Jun ini.
Sesi pertama akan dimulakan pada 7.20pagi manakala sesi kedua pula pada 8.45 pagi. Sesi ketiga pula akan diadakan pada 9.45 pagi.
KUMPULAN QARYAH MASJID ANJUR SOLAT AIDILADHA
Kumpulan qaryah masjid juga akan menganjurkan solat Aidiladha di sebanyak 31 ruang tambahan bagi para jemaah yang ingin menunaikan solat sunat itu berhampiran dengan kediaman mereka.
Ruang solat juga akan disediakan di pusat rekreasi pekerja hijrahan di Kranji dan Sembawang.
Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari lelaman go.gov.sg/rayaprayer
MASJID MENAWARKAN 1 SESI SOLAT (7.20 PAGI)
1. Abdul Aleem Siddique (Telok Kurau)
2. Mydin (Jalan Lapang)
3. Abdul Hamid Kg Pasiran (Novena)
4. Hajjah Rahimabi Kebun Limau (Whampoa)
5. Omar Salmah (Thomson)
6. Petempatan Melayu Sembawang (Sembawang)
7.Tentera Di Raja (Clementi)
8. Al-Amin (Telok Blangah)
9. Al-Falah (Orchard)
10. Bencoolen (Bencoolen St)
11. Jamiyah Ar-Rabitah (Tiong Bahru)
12. Mujahidin (Queenstown)
13. Omar Kampong Melaka (Havelock Rd)
SESI PERTAMA PADA 8.45 PAGI
14. Al-Huda (Bukit Timah)
15. Hussain Sulaiman (Pasir Panjang)
16. Al-Abrar (Telok Ayer Street)
17. Hajjah Fatimah (Beach Rd)
18. Jamae Chulia (South Bridge Rd)
19. Jamek Queenstown (Margaret Dr)
20. Kampong Delta (Delta Ave)
21. Tasek Utara (Bristol Rd)
22. Temenggong Daeng Ibrahim (Telok Blangah)
MASJID MENAWARKAN 2 SESI SOLAT (7.20 PAGI & 8.45 PAGI)
1. Al-Abdul Razak (JIn Ismail)
2. Alkaff Kg Melayu (Bedok Reservoir)
3. Al-Ansar (Bedok North)
4. Al-Islah (Punggol)
5. Al-Istighfar (Pasir Ris)
6. Al-Taqua (JIn Bilal)
7. Darul Aman (Eunos)
8. Kassim (Kembangan)
9. Kg Siglap (Marine Parade)
10. Khalid (Joo Chiat)
11. Sallim Mattar (MacPherson)
12. Wak Tanjong (Paya Lebar)
13. Darul Ghufran** (Tampines)
14. Ahmad Ibrahim (Sembawang Rd)
15. Al-Istiqamah (Serangoon North)
16. Alkaff Upper Serangoon (Potong Pasir)
17. Al-Muttaqin (Ang Mo Kio)
18. An-Nahdhah (Bishan)
19. An-Nur (Marsiling)
20. Darul Makmur (ruang sementara di bekas tapak Sekolah Menengah North View)
21. En-Naeem (Hougang)
22. Haji Yusoff (Upper Serangoon Rd)
23. Muhajirin (Toa Payoh)
24. Yusof Ishak (Woodlands)
25. Ahmad (Pasir Panjang)
26. Al-Firdaus (Choa Chu Kang)
27. Al-Iman (Bukit Panjang)
28. Al-Mukminin (Jurong East)
29. Darussalam (Clementi)
30. Hang Jebat (Portsdown Ave)
31. Hasanah (Teban Gardens)
32. Maarof (Jurong West)
33. Pusara Aman (JIn Bahar)
34. Moulana Mohd Ali(Raffles Place)
35. Malabar (Victoria Street)
**perlu tempahan bagi sesi pertama
MASJID MENAWARKAN 2 SESI SOLAT (8.45 PAGI & 9.45 PAGI)
1. Haji Muhammad Salleh (Palmer)
2. Sultan (Kg Glam)
MASJID MENAWARKAN 3 SESI SOLAT (7.20 PAGI, 8.45 PAGI & 9.45 PAGI)
1. Al-Mawaddah (Sengkang)
2. Haji Mohd Salleh (Geylang)
3. Khadijah (Geylang Rd)
4. Assyafaah (Sembawang)
5. Al-Khair (Teck Whye)
6. Ar-Raudhah (Bukit Batok)
7. Assyakirin (Taman Jurong)
8. Abdul Gafoor (Dunlop St)
9. Angullia (Serangoon Rd)
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.