Skip to main content

Singapura

Sokongan terhadap perjuangan Palestin perlu diluahkan secara sah dan aman: AMP

Anggaran Waktu Membaca:
 Sokongan terhadap perjuangan Palestin perlu diluahkan secara sah dan aman: AMP

(Gambar: Eyad BABA / AFP)

Diterbitkan : 16 Jul 2024 12:05AM
SINGAPURA: Meskipun faham dan akur tentang empati mendalam masyarakat terhadap perjuangan Palestin, penting untuk sokongan itu diluahkan menerusi cara yang sah dan aman.

Demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan AMP Singapore pada Isnin malam (15 Jul).

Perkara itu digariskan menyusuli Arahan Sekatan yang dikenakan ke atas dua individu di Singapura.
 
"Kami menggalak masyarakat untuk menyokong perjuangan Palestin menerusi wadah seperti sumbangan kepada pertubuhan kemanusiaan dan aktiviti lain yang sah di sisi undang-undang.

"Sebagai umat Islam, memanjatkan doa juga cara bermakna untuk membantu mereka yang memerlukan, termasuk mereka di Palestin," menurut AMP.

Sebagai sebahagian daripada Kumpulan Jagaan Lanjut Antara Agensi (ACG), AMP turut menekankan peranan penting keluarga dalam melindungi orang-orang yang tersayang.

"Keluarga merupakan tunggak masyarakat yang kukuh dan berdaya tahan. Ibu bapa boleh memainkan peranan sebagai teladan yang positif untuk memberikan bimbingan dan sokongan kepada anak-anak mereka," tambahnya.

Ini, menurutnya, boleh dicapai dengan komunikasi yang terbuka supaya keluarga dapat menangani rungutan dan kebimbangan seseorang anak itu, dan membantu mereka mencari cara yang lebih sihat untuk meluahkan perasaan.

AMP turut memuji campur tangan awal oleh pihak berkuasa, sekali gus menggariskan pentingnya langkah-langkah proaktif dalam melindungi masyarakat.

"Kami berharap supaya rakyat Singapura dapat bekerjasama untuk membina suasana yang selamat dan saling menyokong buat semua, memupuk sifat berdaya tahan terhadap pengaruh pelampau menerusi ikatan keluarga yang kukuh dan perpaduan masyarakat," menurut AMP.
Sumber : BERITA Mediacorp/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita