Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sokongan pemerintah perlu dilengkapi agensi-agensi lain: Presiden Halimah

Anggaran Waktu Membaca:
Sokongan pemerintah perlu dilengkapi agensi-agensi lain: Presiden Halimah

Presiden Halimah Yacob bersama para penerima bantuan RLAF

SINGAPURA: Sokongan pemerintah terhadap golongan kurang bernasib baik perlu dilengkapi agensi-agensi lain.

Demikian menurut Presiden Halimah Yacob semasa mengunjungi Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) yang terletak di Masjid Yusof Ishak pada Khamis (14 Apr) sebagai sebahagian daripada pendampingan beliau dengan masyarakat.

Presiden Halimah berkata bahawa sokongan sedemikian seharusnya bukan sahaja berbentuk kewangan, tetapi juga dalam bidang-bidang lain seperti pendidikan, perumahan dan penjagaan kesihatan.

"Dalam ucapan saya kepada Parlimen saya telah menyentuh tentang bagaimana kita boleh membina sebuah masyarakat yang lebih inklusif, prihatin menerusi usaha kita untuk membentuk kompak sosial bagi Singapura dan ini memerlukan semua pihak," kata Puan Halimah.

Dalam hal itu, beliau turut mengiktiraf peranan RLAF sebagai wadah untuk masyarakat menyumbang tenaga sukarela.

"RLAF ini adalah wadah sesuai untuk mereka memikirkan bagaimana untuk menabur bakti dan mengambil bahagian dalam projek-projek yang ada. Jadi ia pemangkin untuk melakukan kebaikan dalam masyarakat kita," tambah Puan Halimah.

PROJEK BLESSINGS TO ALL BERTUJUAN BANTU 7,000 ISI RUMAH

Semasa lawatan beliau ke RLAF, Presiden Halimah turut mengagihkan baucar barangan dapur bernilai S$30 kepada para penerima bantuan.

RLAF telah mengumpul dana untuk menyediakan baucar tersebut kepada 7,000 isi rumah.

Usaha tersebut dijalankan di bawah projek Blessings to All kelolaan RLAF, yang bertujuan membawa keceriaan kepada keluarga-keluarga tersebut pada musim perayaan ini.

Presiden Halimah juga menyertai mereka dalam acara iftar bersama yang disertai lebih 20 penerima bantuan RLAF.

RLAF menyokong golongan kurang bernasib baik di dalam dan luar negara.

Badan kebajikan itu juga mengadakan inisiatif Ramadan setiap tahun untuk membantu golongan yang rentan.
Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan