Skip to main content

Singapura

Sokongan kerja bagi individu alami isu kesihatan mental akan dilancarkan pada Jun 2026

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Nov 2025 06:58PM Dikemas Kini : 07 Nov 2025 12:32AM
SINGAPURA: Satu rangka kerja baharu bagi rujukan pekerjaan akan dilancarkan pada Jun 2026 bagi membantu pemohon kerja yang mengalami isu kesihatan mental mendapatkan pekerjaan yang sesuai.

Ia akan bantu mengenal pasti dan menyediakan sokongan pekerjaan yang disesuaikan.

Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) akan menyelia penilaian kesesuaian pekerjaan dan rangka kerja rujukan.

Menteri Negara Kanan bagi Kesihatan Dr Koh Poh Koon berkata NCSS juga sedang membangunkan rangka kerja penilaian vokasional merentasi agensi-agensi sokongan pekerjaan.

Ia akan menilai tahap kesediaan bekerja dan sokongan yang diperlukan oleh pemohon kerja sedemikian.

Satu set pengukur standard sedang dibangunkan untuk membantu para profesional menjalankan penilaian tersebut.

Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio Nadia Samdin juga bertanya tentang jenis-jenis kesihatan mental yang akan dinilai.

Dr Koh berkata: "Perkara utama adalah untuk memastikan sokongan yang diberi, disesuaikan mengikut keperluan individu. Tidak semua individu yang mengalami isu kesihatan mental ingin mencari pekerjaan, tetapi matlamat kita adalah untuk memastikan bahawa mereka yang ingin berbuat demikian, kita akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu mereka.

"Dari segi latihan vokasional dan mungkin langkah-langkah sokongan, supaya mereka boleh dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan dan keupayaan untuk mendapatkan pekerjaan."
Sumber : CNA/AA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita