Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sokongan imbangi GST yang harus dibayar golongan pendapatan 20% terbawah: Lawrence Wong

Pemerintah sedang meninjau kemungkinan mempertingkatkan skim baucar tetap yang menampung sebahagian besar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dibayar keluarga berpendapatan rendah.

Anggaran Waktu Membaca:
Sokongan imbangi GST yang harus dibayar golongan pendapatan 20% terbawah: Lawrence Wong

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 11 May 2021 09:41PM Dikemas Kini : 11 May 2021 09:42PM

SINGAPURA: Pemerintah sedang meninjau kemungkinan mempertingkatkan skim baucar tetap yang menampung sebahagian besar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dibayar keluarga berpendapatan rendah.

Menteri Kedua Kewangan Lawrence Wong memberitahu parlimen pada Selasa (11 Mei) bahawa pembayaran sekali sahaja GST sepanjang dua tahun lalu membentuk sepertiga daripada cukai itu yang perlu dibayar 20 peratus isi rumah termiskin di Singapura.

Skim baucar tetap itu pula menampung sekitar 84 peratus daripada GST yang perlu dibayar mereka.

Skim baucar tetap GST merangkumi pemberiaan wang tunai tahunan, tokokan MediSave bagi mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas serta rebat air api setiap tiga bulan bagi para penduduk flat-flat HDB.

Termasuk bayaran sekali sahaja dan baucar-baucar GST, isi rumah berpendapatan 20 peratus terbawah menerima jumlah bantuan lebih daripada cukai GST yang perlu dibayar mereka pada tahun lalu.

Sumber : CNA/SY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan