Sokongan dihulurkan kepada keluarga mendiang Uvaraja Gopal; siasatan menyeluruh akan dijalankan, kata Shanmugam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Anggota Parlimen GRC Nee Soon K Shanmugam menghulurkan sokongan kepada keluarga seorang pegawai polis yang meninggal dunia pada Jumaat (21 Jul).
Mendiang Uvaraja Gopal, 36 tahun, ditemui terbujur di kolong blok HDB di Yishun.
Awal dari itu, pegawai polis berkenaan memuat naik catatan yang antara lain mengadu beliau berdepan diskriminasi kaum dan dibuli di tempat kerja.
Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri itu menziarahi upacara persemadian mendiang siang tadi (23 Jul).
Encik Shanmugam berkata siasatan menyeluruh akan dijalankan terhadap dakwaan yang dibuat mendiang.
Namun buat masa ini, tumpuan adalah untuk memberikan sokongan kepada keluarga mendiang pegawai polis itu.
"Kami akan menyokong mereka, bercakap dengan mereka, apakah isu yang perlu mereka tangani dan juga, terangkan sedikit tentang perkara yang sedang berlaku.
"Kami di sini untuk mengucapkan takziah.
"Keluarganya sedang berduka, fokus pada itu. Yang lain, kita uruskan kemudian," kata Encik Shanmugam.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.