Sokongan berterusan untuk asatizah, MMO, IMO hadapi krisis Timur Tengah: Dr Faishal
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemangku Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim menyeru masyarakat untuk saling menyokong satu sama lain dalam mengharungi detik-detik mencabar dek krisis di Timur Tengah.
Dalam ucapannya di Parlimen yang membentangkan respons negara terhadap krisis itu pada Selasa (7 Apr), Dr Faishal mengingatkan masyarakat untuk teguhkan perpaduan dan semangat sebagaimana negara telah harungi krisis-krisis lalu.
"Marilah kita kukuhkan perpaduan kita dan kekal tabah menempuhi masa-masa mencabar ini. Kita perlu memastikan bahawa ketegangan global tidak mewujudkan perpecahan dalam masyarakat kita. Ini adalah peluang untuk kita mendekati antara satu sama lain, dan mencontohi nilai-nilai bersama yang membimbing kita sebagai satu masyarakat untuk menjadi versi terbaik diri kita dan kebaikan bersama semua rakyat Singapura," ujar Dr Faishal.
Dalam jawapannya kepada pertanyaan yang diajukan Anggota Parlimen GRC East Coast, Hazlina Abdul Halim tentang sokongan bagi masyarakat hadapi krisis Timur Tengah, Dr Faishal menggariskan antara sokongan berterusan dalam pelbagai peringkat yang disediakan bagi para pelajar, asatizah, badan-badan Melayu/Islam (MMO) dan India Islam (IMO).
Beliau berkata: "Untuk melihat sokongan sebagai contoh kepada para asatizah, kita memberikan latihan kepada mereka dari segi pendidikan profesional berterusan, di mana ada pensijilan skim pengiktirafan asatizah, mereka menjalani program peningkatan untuk menyediakan diri mereka, dalam mendekati masyarakat kita. Ini termasuk dari segi memberi sokongan emosi, rohani kepada masyarakat termasuk dalam isu konflik yang sedang berlaku."
Dr Faishal menambah bahawa di PERGAS dan MUIS juga memberi sokongan dari segi perkongsian pandangan dan pengalaman.
Para asatizah juga menurut beliau, dapat mengaitkannya kepada kepentingan negara dan kehidupan sebagai seorang Muslim di Singapura.
"Di peringkat akar umbi, kita ada Harmony Circle di mana para asatizah dan badan masyarakat dan agama, mereka membincangkan isu-isu yang relevan dan termasuk konflik yang berlaku dan memikirkan bagaimana kita boleh mementingkan keharmonian dan juga kehidupan kita sebagai satu masyarakat kohesif," tambah beliau lagi.
SOKONGAN BUAT PENUNTUT, JEMAAH UMRAH & HAJI
Dr Faishal turut menyentuh tentang usaha MUIS untuk memberi sokongan yang diperlukan kepada para pelajar Singapura di Timur Tengah.
Selain itu, beliau juga memberi penjelasan terhadap urusan umrah dan Haji.
"MUIS juga bekerjasama dengan rakan kongsi seperti Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (AMTAS) mengenai urusan Umrah dan Haji. Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan. Yang penting, keselamatan dan kesejahteraan rakyat Singapura adalah keutamaan kita," ujar beliau di Parlimen.
Keberangkatan pertama jemaah haji dari Singapura dijadualkan pada 8 Mei ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.