Sokong golongan kurang upaya: Lebih banyak ciri inklusif lengkapi prasarana pengangkutan awam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kira-kira 1,700 bas awam di Singapura akan dilengkapi dengan ruang kerusi roda, lebih banyak tempat duduk bagi mereka yang memerlukannya, dan pengumuman audio.
Ia adalah sebahagian daripada usaha untuk menjadikan rangkaian pengangkutan awam menjadi lebih mudah diakses oleh golongan kurang upaya (PwD).
Dalam satu kemas kini, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menyatakan semua khidmat pengangkutan awam di Singapura akan mempunyai akses penuh bagi kerusi roda, serta akses bebas halangan di semua stesen MRT dan pusat pertukaran bas.
Lebih 1,000 lintasan pejalan kaki juga dilengkapi dengan lampu hijau tambahan, yang memberi lebih banyak masa kepada PWD untuk menyeberang jalan raya.
Lagi sekitar 1,500 akan ditambah menjelang 2027.
Lebih 300 lintasan pejalan kaki juga akan dinaik taraf dengan lebih banyak isyarat lalu lintas dengan ciri audio.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.