Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Soalan Parlimen mengenai kes pengubahan wang haram S$1 bilion akan dijawab dalam kenyataan menteri pada Oktober

Anggaran Waktu Membaca:
Soalan Parlimen mengenai kes pengubahan wang haram S$1 bilion akan dijawab dalam kenyataan menteri pada Oktober

Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Sun Xueling di Parlimen pada 18 Sep 2023

Diterbitkan : 18 Sep 2023 06:45PM Dikemas Kini : 18 Sep 2023 06:46PM
SINGAPURA: Soalan Parlimen pada Isnin (18 Sep) mengenai kes pengubahan wang haram bernilai S$1 bilion baru-baru ini akan ditangani dalam satu kenyataan menteri pada Oktober.

Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Sun Xueling berkata ramai Anggota Parlimen (AP) memfailkan soalan mengenai operasi antipengubahan wang haram yang dijalankan polis serta rangka kerja antipengubahan wang haram di Singapura.

Ia merangkumi pelbagai isu di beberapa kementerian, katanya, sambil menambah bahawa beberapa AP juga telah memfailkan soalan untuk sidang pada dan selepas 19 September.

Kementerian Dalam Negeri, bersama-sama dengan pelbagai kementerian lain, akan "menjawab pertanyaan secara menyeluruh" dalam satu kenyataan menteri pada Oktober, kata Cik Sun.

Lebih 30 soalan difailkan AP mengenai salah satu siasatan pengubahan wang haram terbesar di Singapura. Soalan-soalan yang dikemukakan termasuk jumlah besar aset yang dirampas di sebalik langkah-langkah antipengubahan wang haram Singapura yang ketat dan apa lagi yang boleh dilakukan untuk mencegah jenayah sedemikian.

10 warga asing ditangkap Ogos lalu apabila polis Singapura menyerbu beberapa banglo mewah (GCB) dan kondominium, di merata negeri.

Aset bernilai kira-kira S$1 bilion, termasuk hartanah, kenderaan, barangan mewah dan jongkong emas, dirampas atau dibekukan.

Salah seorang suspek yang terlibat dalam siasatan itu didapati membiayai pembelian 10 unit di kondominium mewah Canninghill Piers dan satu lagi di unit di Park Nova.

Mahkamah Tinggi juga menolak semua permohonan yang dibuat oleh peguam kepada warga Turki Vang Shuiming untuk membebaskan anak guamnya dengan ikat jamin.

Dia kini menghadapi lima tuduhan - satu melibatkan menggunakan dokumen palsu dan empat lagi tuduhan kerana memiliki hasil daripada kegiatan jenayah bernilai S$2.4 juta melaui pinjaman wang tanpa lesen di China.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan