Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Soal mobiliti sosial, bantu keluarga yang hadapi isu rumit akan terus diberi keutamaan

Singapura akan terus memberi keutamaan kepada soal mobiliti sosial dan sokongan kepada keluarga yang menghadapi isu-isu rumit.

Anggaran Waktu Membaca:
Soal mobiliti sosial, bantu  keluarga yang hadapi isu rumit akan terus diberi keutamaan

Orang ramai dengan pelbagai latar belakang (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

SINGAPURA: Singapura akan terus memberi keutamaan kepada soal mobiliti sosial dan sokongan kepada keluarga yang menghadapi isu-isu rumit.

Menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), sektor perkhidmatan sosial akan memainkan peranan utama dalam menolong mereka yang memerlukan bantuan.

MSF juga mengiktiraf 2023 sebagai tahun meraikan rakan-rakan perkhidmatan sosial.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli berkata semua pihak termasuk pemerintah perlu berganding bahu untuk memberi sokongan tambahan dan lebih baik kepada keluarga-keluarga yang memerlukan.

Bagi tujuan itu, sektor perkhidmatan sosial perlu siap untuk menangani cabaran-cabaran masa depan seperti perubahan struktur keluarga dan keadaan penduduk yang kian menua.

Isu-isu itu, katanya, boleh ditangani menerusi idea dan huraian baru hasil kerjasama dengan pihak perniagaan dan institusi-institusi pengajian tinggi.

Selain itu, peranan keluarga juga perlu diperkukuh.

Ini pula boleh dilakukan dengan membiayai program-program yang tertumpu kepada keluarga seperti penyelarasan sokongan bagi kemasukan kanak-kanak ke pusat prasekolah. 

Sumber : CNA/MU/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan