Skip to main content

Singapura

SNSA, agensi masyarakat bakal lancar talian bantuan bagi bekas pesakit angin ahmar, penjaga

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Oct 2025 07:31PM Dikemas Kini : 04 Nov 2025 12:55PM
SINGAPURA: Talian bantuan baharu untuk bekas pesakit angin ahmar atau strok serta penjaga mereka akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Dikendalikan oleh sekitar 15 sukarelawan terlatih yang terdiri daripada bekas pesakit strok dan golongan penjaga, inisiatif itu bertujuan untuk menyediakan ruang yang selamat bagi mengawal emosi serta berkongsi tip praktikal bagi menjalani kehidupan seharian.

Perancangan sedang dijalankan untuk menggandakan bilangan sukarelawan sedia ada kepada 30 orang.

Ini adalah sebahagian daripada usaha yang lebih luas bagi meningkatkan penjagaan selepas angin ahmar berasaskan masyarakat ke seluruh Singapura.

Talian bantuan ini merupakan kerjasama antara Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Singapura (SNSA) dengan pelbagai agensi masyarakat.

Ia diumumkan semasa acara berjalan kaki masyarakat di Punggol menjelang Hari Angin Ahmar Sedunia pada 29 Oktober.

Anggota Parlimen GRC Punggol Dr Janil Puthucheary berkata, acara itu merupakan peringatan jelas bahawa pemulihan bukan perjalanan yang ditempuh bersendirian.

"Kerjasama ini menandakan langkah bermakna ke depan bagi mengukuhkan penjagaan kolektif kita untuk bekas pesakit angin ahmar dan untuk penjaga dan ahli keluarga.

"Ia menyatukan sokongan kesihatan mental, hubungan sosial dan kesejahteraan penjaga di bawah satu visi bersama. Dalam bulan-bulan akan datang, usaha asas ini akan menjurus kepada inisiatif nasional lebih luas," kata Dr Janil.
Sumber : CNA/AZ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita