Skip to main content

Singapura

SNOC puji tekad Faiz Basha meski berdepan pelbagai cabaran di Sukan Olimpik Musim Sejuk

Anggaran Waktu Membaca:
SNOC puji tekad Faiz Basha meski berdepan pelbagai cabaran di Sukan Olimpik Musim Sejuk
Atlet ski alpine Singapura Faiz Basha. (Gambar: Dustin Satloff/Getty Images, Christian Petersen/Getty Images, Fabrice COFFRINI/AFP via Getty Images)
Diterbitkan : 17 Feb 2026 06:34PM Dikemas Kini : 17 Feb 2026 06:49PM
SINGAPURA: "Tetap stabil walaupun berdepan tekanan, hebat di garisan penamat."

Berikut gambaran Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) mengenai prestasi atlet ski alpine Singapura Faiz Basha yang membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik Musim Sejuk baru-baru ini.

"Bermula di tempat ke-87 daripada 96 secara keseluruhan dalam acara slalom lelaki - di tengah-tengah salji yang lebat, jarak penglihatan yang rendah dan situasi di mana 45 peserta di hadapannya mencatat DNF (tidak menamatkan perlumbaan) - keadaan tidak berpihak kepadanya.

"Beberapa gergasi atlet ski alpine dan juara Piala Dunia bahkan gagal menamatkan pusingan pertama.

"Namun Faiz tetap bertahan," menurut SNOC dalam catatan Facebook pada Selasa (17 Feb).
Menurut SNOC, berbekalkan tekad dan pelan perlumbaan yang bijak, Faiz berjaya menamatkan dua percubaan masa bagi merangkul tempat ke-35.

"Semasa beliau melepasi garisan penamat, Faiz mengangkat tangannya dan menjerit, "Majulah!" kongsi SNOC.

"Daripada tergelincir semasa acara slalom gergasi pada permulaannya sehingga berjaya menamatkan persaingan acara slalom, atlet ski alpine Sukan Olimpik pertama Singapura meraih lebih daripada sekadar keputusan - beliau membawa pulang pengalaman, keyakinan dan asas yang kukuh untuk berdepan cabaran seterusnya," menurut SNOC sebelum menamatkan catatan di Facebook.
Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita