SNEF lancar panduan hilangkan stigma HIV di tempat kerja
Menteri Negara Kanan Kesihatan Dr Amy Khor mengalu-alukan kerjasama antara Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) dengan 200 majikan melancarkan panduan menghilangkan stigma di tempat kerja mengenai HIV.
SINGAPURA: Menteri Negara Kanan Kesihatan Dr Amy Khor mengalu-alukan kerjasama antara
Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) dengan 200 majikan melancarkan panduan menghilangkan stigma di tempat kerja mengenai HIV.
Berucap di Persidangan Aids Singapura ke-11 hari ini (8 Dis), Dr Khor berkongsi bagaimana seorang pekerja yang positif HIV hampir-hampir diberhentikan kerja.
Ini kerana majikannya bimbang HIV boleh tersebar menerusi perhubungan biasa.
Hasil campur tangan SNEF, pekerja tersebut dapat terus bekerja.
Majikannya juga kini lebih prihatin tentang bagaimana untuk menguruskan serta memberi sokongan kepada para pekerja yang mempunyai HIV.
Namun, Dr Khor berharap banyak lagi boleh dilakukan untuk menangani gejala HIV menerusi penyelidikan sains sosial dan tingkah laku.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.