SNEF harap pertumbuhan gaji mampan, daya tahan tenaga kerja ditangani dalam kenyataan Belanjawan 2025
Anggaran Waktu Membaca:

Para pekerja di kawasan bandar Singapura. (Gambar fail: iStock)
SINGAPURA: Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) berharap Kenyataan Belanjawan Negara tahun depan akan menangani soal pertumbuhan gaji yang mampan dan membina daya tahan tenaga kerja.
SNEF menyatakan sokongan dalam bidang-bidang itu akan membantu syarikat-syarikat dan pekerja terus berkembang maju di tengah-tengah kenaikan kos perniagaan dan cabaran tenaga kerja.
Lantaran itu, SNEF menyarankan agar Skim Kredit Gaji Progresif dipertingkat dan dilanjutkan.
Skim biaya bersama kenaikan gaji para pekerja berpendapatan rendah itu dilaksanakan sehingga tahun 2026.
Selain itu, SNEF menyarankan agar lebih banyak sokongan diberi kepada pihak majikan untuk mengambil pekerja warga emas.
Ini memandangkan keadaan penduduk Singapura yang semakin pesat menua.
SNEF juga menyeru bagi langkah-langkah untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran para pekerja.
Dalam hal itu, SNEF mencadangkan lebih banyak subsidi bagi menggalakkan syarikat-syarikat menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Menurutnya, ia boleh menangani isu-isu seperti kekurangan tenaga kerja di samping menghasilkan produk dan perkhidmatan yang inovatif.

Sumber : CNA/MU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.