SNEF gesa pihak majikan cipta semula pekerjaan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pihak majikan di Singapura digesa untuk mencipta semula pekerjaan serta meneruskan transformasi perniagaan.
Ini merupakan sebahagian daripada matlamat untuk meningkatkan pekerjaan, gaji serta peluang untuk tenaga kerja Singapura.
Ini sedang sekitaran ekonomi menjadi semakin tidak menentu.
Dalam Amanat Hari Buruhnya, Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) turut memberi perhatian kepada golongan pekerja bergaji rendah.
Para majikan digalak menyediakan peluang peningkatan kerjaya lebih baik untuk mereka menerusi latihan, serta tambahan gaji secara mampan.
SNEF juga menggalakkan lebih ramai warga Singapura supaya merebut peluang bekerja di luar negara, agar dapat meraih pendedahan yang perlu untuk menjadi pemimpin di peringkat serantau dan global.
Namun SNEF akur kerjaya lebih baik memerlukan kemahiran baru.
Ia prihatin mereka yang mencari kerja mungkin belum bersedia merebut peluang yang ada, kecuali mereka menjalani latihan tambahan dan dipadankan dengan pekerjaan sedemikian.
Saya rasa kemahiran yang tidak sepadan dengan pekerjaan semakin meningkat akhir-akhir ini, terutama untuk beberapa industri. Gelombang terbesar kini adalah betapa pantasnya kesan Kecerdasan Buatan atau AI ke atas kita semua. Saya rasa ia bergerak begitu pantas.

Sumber : CNA/RU/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.